Wednesday, April 15, 2020

BOLEH MENANGIS KLUSTER KAYANGAN BILA TENGOK GAMBAR NI.

Foto-Facebook

Siapa 'kluster kayangan' ni? Macam bagus sangatkah mereka ni?

Kalau nak kenal kluster kayangan sila baca disini:

MUNCUL KLUSTER 'KURANG AJAR' SELEPAS KLUSTER TABLIGH.



1 comment:

Anonymous said...

BUY MUSLIM FIRST KEMPEN INI PERLU DIPERHEBAT LAGI.

FORMULA #BMF = HERO ASNAF + TURUN HARGA BARANG

RM153.24 juta zakat diagih bantu asnaf sepanjang PKP

Sebanyak RM153.24 juta zakat sudah diagihkan kepada asnaf di seluruh negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata bantuan zakat itu disalurkan ke institusi zakat seluruh negara bagi membantu asnaf yang terjejas dengan penularan COVID-19.

Jumlah berkenaan katanya, adalah agihan yang dibuat sepanjang tempoh PKP sahaja dan tidak termasuk pelbagai skim bantuan lain.

Jumlah bantuan itu akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keadaan wabak COVID-19 dan tempoh pelaksanaan PKP.

“Terima kasih kepada pembayar zakat, anda semua adalah ‘hero’ kepada asnaf.
“Sekiranya pihak kita tidak mengadakan dakwah dan seruan kepentingan berzakat sudah tentu tidak dapat mengumpul sejumlah besar itu, sekali gus dapat menyalurkan bantuan kepada pihak memerlukan,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook.

Setakat ini Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Pusat Pungutan Zakat sudah mengagihkan RM34.41 juta; Zakat Pulau Pinang (RM14.52 juta); Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang serta Pusat Pungutan Zakat Pahang (RM12.2 juta); Majlis Agama Islam Kelantan (RM12.6 juta); Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (RM14.35 juta).

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (RM20.2 juta); Lembaga Zakat Selangor (RM15 juta); Majlis Agama Islam Johor (RM7.4 juta); Lembaga Zakat Kedah (RM16.7 juta); Perbadanan Baitul Negeri Sembilan dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (RM4.3 juta); Zakat Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka (RM4.26 juta).

Tabung Baitulmal Sarawak pula sudah mengagihkan RM6 juta; Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Agama Islam Sabah (RM6 juta) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (RM3.98 juta