Thursday, March 5, 2020
PEMBENTUKAN KABINET : AKHIRNYA SIFAT GILA DAN TAMAK KUASA PAS TERSERLAH?
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
PANDANGAN PAS TERHADAP PEMBENTUKAN KABINET
1. Saya menghargai jemputan YAB Perdana Menteri untuk kami memberikan pandangan awal berkenaan pembentukan Jemaah Menteri yang baharu.
2. Saya menyatakan pandangan supaya individu yang dilantik untuk menganggotai Jemaah Menteri adalah terdiri daripada kalangan yang berintegriti, berkelayakan, dan berkemahiran, serta mewakili masyarakat majmuk.
3. Saya turut menyarankan supaya dilibatkan kalangan profesional untuk membantu Kerajaan dalam usaha meningkatkan tahap ekonomi, pendidikan, kesihatan dan kebajikan rakyat, serta diwujudkan fungsi Hisbah (ombudsmen) dalam pentadbiran.
4. Saya menegaskan PAS menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan YAB Perdana Menteri untuk membentuk Jemaah Menteri dalam masa terdekat ini, tanpa sebarang syarat dan permintaan.
"Islam Memimpin Perpaduan"
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 9 Rajab 1441 / 4 Mac 2020
Sumber: FB Presiden PAS.
Ramai musuh politik mengharapkan sebaliknya, namun yang berlaku adalah sebaliknya:
1.PAS tidak minta jawatan.
2.PAS tegaskan mahu PM melantik mereka yang bersih.
3.Perlu ada pelbagai kaum dalam kabinet.
4.Golongan professional perlu diserap dalam kabinet.
5.Perlu ada check & balance (Hisbah)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Rakyat akan tgk lepas ni apa yg pas boleh buat...
Harap RUU perkasakan undang2 islam dapat dibentangkan balik dalam parlimen
tersurat....yg tersirat ?
Mungkin pas tak gila kuasa TAPI pas sokong orang yg gila kuasa! Satu contoh. AZMIN tu amat gila kuasa. Tapi dia ada ciri2 yg tak baik sbg pemimpin muslim. Buat kenduri anak super mewah dan belanja berjuta utk bawa anak beranak melancong ke luar negara. Adakah kita mahu bakal pm kita punyai sifat yg islam tak puji? Tapi pas tetap sokong. Prinsip islam apa ini.
Asal dapat memerintah.
Asalkan tanpa DAP, sebab DAP membuat kerosakan yang sangat dahsyat
Kahkahkah yg ni lawak.. ingat pas ni jemaah tabligh ke.. dlm parti pun sampai doa laknat, guna cai,label melabel..
Saya yakin pas lebih tahu rancangan yg terbaik untuk negara dan rakyat , kita beri peluang kat pas menjadi pemimpin , BN ,UMNO , MCA dan MIC ,SUDAH MEMIMPIN SANGAT LAMA ,PKR ,DAP , PPBM dan Amanah ,SUDAH MEMIMPIN 2 TAHUN , SEKARANG BAGI LAH PAS MEMIMPIN NEGARA INI ,KUASA NEGARA ADA PADA RAKYAT ,KALAU SUKA KITA ANGKAT KALAU BENCI KITA BUANG
Anon 11.24AM kepala besar, otak pun besar tapi akal kecik. Orang baca dia pun baca, tapi dia tak faham apa yd dibaca. orang nak ke Utara tapi dia pulak koner keSelatan. SRP lulus tak?
Pura-pura baik... dibelakang lain pula percaturannya.
Post a Comment