Wednesday, March 25, 2020

COVID-19: 3 BERANAK MENGHADAP ILAHI.



DOA UNTUK TIGA SEKELUARGA MANGSA COVID-19

Terharu dengan pemergian tiga sekeluarga dari No. 35, Jalan Patingan, 93400 Kuching, Sarawak, kerana wabak COVID-19.

Bermula dari guru al-Qur’an, Hajjah Rokayah binti Drahman, 79 tahun, meninggal dunia pada 18 Mac 2020, jam 2.00 pagi.

Diikuti oleh anak perempuan Allahyarhamah, Norhafizah binti Abdul Rahman, 40 tahun, yang meninggal dunia pada 21 Mac 2020, jam 1.20 petang, dan anak lelaki Allahyarhamah, Mohammad Norismadi bin Abdul Rahman, 49 tahun, yang meninggal dunia pada 23 Mac 2020, jam 1.16 petang.

Mereka dan mangsa-mangsa COVID-19 lain adalah orang baik-baik belaka, hindarkanlah diri dari membuat tohmahan terhadap mereka dan doakanlah semoga roh mereka ditempatkan di kalangan para solihin.

KREDIT: Muslim Guide

No comments: