Wednesday, October 16, 2013

ADA "PIHAK TERTENTU" YANG MEMURTADKAN UMMAT ISLAM KENA BELASAH DENGAN DR.MAZA (GAMBAR)


kalau pandai cuba teka siapa "pihak tertentu"?

15 comments:

Otak geliga said...

Petikan dr ayat Dr. Maza:
".....tiada isu selagi mereka menggunakannya merujuk kpd zat yg sebenar"..

soalan aku:

1) Bila n ketika mana Kristian dikatakan menggunakan nama Allah dgn merujuk kpd zat Allah yg sebenar?

2) Apa yg umat Islam n kerajaan yg dipimpin umat Islam sesebuah negara perlu buat jika Kristian menggunakan nama Allah ttp bertentangan dgn zat Allah yg sebenar?

Anonymous said...

1. Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Dr. Yusuf Al-Qaradhawi (Ketua Kesatuan Ulama’ Sedunia) di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain (Para paderi, sami dan pemimpin) untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam." (Ali-imran:64)


2.Tindakan mahkamah Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah boleh diterima mengambil kira atas alasan takut kekeliruan timbul kpd ummat Islam yng jahil tentang akidah sendiri tapi tindakan mengatakan Allah bukan tuhan semesta alam tak boleh diterima kerana kita ummat Islam perlu yakin dan beriktikad bahwa Allah adalah tuhan sekalian Alam, tuhan seluruh ummat manusia...

Na'im Nikmat said...

Seorang lelaki pulang dari kerja maka anaknya mula memanggilnya "Ayah".

Jirannya terdengar dan merasa marah lalu berkata; "Bolehkah kamu suruh anak kamu jangan panggil kamu 'Ayah'?

Lelaki tersebut bertanya; "Kenapa?"

Jirannya menjawab; "Kerana anak saya juga memanggil saya 'Ayah' juga dan saya tidak mahu mereka terkeliru siapakah 'Ayah' mereka yang sebenarnya lalu memanggil kamu sebagai 'Ayah' mereka'

Lelaki tersebut menjawab; "Adakah kerana anak kamu tak kenal siapa 'Ayah'nya maka dia akan terkeliru memanggil saya 'Ayah' mereka lalu terlupa siapakah 'Ayah' mereka yang sebenarnya? Kamu tidak mendidik anak kamu mengenali siapa 'Ayah'nya yang sebenar lalu kerana kegagalan kamu mendidik maka kamu halang anak saya dari panggil saya 'Ayah' yang telah mereka panggil sejak sekian lama?"

Jirannya menjawab; "Aku tak peduli. Hanya anak aku sahaja yang boleh guna dan panggil aku 'Ayah'....

(kalau faham baguslah, ini cuma contoh mudah yng sy beri)

Otak geliga said...

To Anon: Saya TERIMA pandangan saudara/i

To Tuan Na'im Nikmat:
Alangkah mudahnya kalau NATIJAH penggunaan nama Allah seREMEH menggunakan panggilan Ayah.

kita TIADA masalah mereka menggunakan perkataan "TUHAN", terjemahan paling tepat utk perkataan "GOD" di dalam Bible yg Kristian guna selama ini walaupun kita UMAT ISLAM juga ada menggunakan perkataan "TUHAN" dan juga "GOD".

Tetapi pernahkah kita gunakan nama Tuhan yg Kristian sembah selama ini utk menamakan sendiri Tuhan yg kita sembah?.....TAK PERNAH terjadi dlm sejarah Islam sbb Allah sendiri sudah memberitahu kita untuk memanggil DIA siapa.

Otak geliga said...

ada juga terbaca dlm blog2 lain yg memaparkan hujah dr Ust Wan Ji bagaimana sekiranya Kristian menghalang penggunaan nama Nabi Isa utk umat Islam.

persoalannya, adakah Kristian menggunakan nama Nabi Isa sebagaimana dlm AlQuran?....jawapannya TIDAK...sbb Kristian menggantikan nama Isa dgn YESUS/JESUS/YESUS CHRIST.

Jika Kristian di Malaysia yg jumlahnya sekitar 2persen dr keseluruhan rakyat Malaysia bertindak menghalang umat Islam menggunakan nama Nabi Isa, itu bermakna mereka akan menentang SELURUH UMAT ISLAM DI DUNIA krn dimana shj umat Islam berada, nama panggilan Nabi Isa adalah Isa sprtmn yg tercatat di dlm AlQuran.

permasalahan penggunaan nama Allah pula hanya melibatkan Malaysia sebab Kristian seluruh dunia MAJORITInya menggunakan nama "GOD" utk Tuhan mereka.

Otak geliga said...

penggunaan istilah "Ayah" sbg cth juga PELIK.

1) AYAH itu kita dapat lihat mukanya, membesar di sisinya, dipegang, dibelai, bercakap malah "AYAH" itu org lain juga boleh lihat, pegang, berbual....tetapi Allah?

2) Setiap anak berbinkan "AYAH" pasti ada Sijil kelahiran yg SAH dan jika "AYAH" tiada, pasangan "AYAH" ada iaitu Ibu....atau org yg rapat dgn "AYAH" nenek/datuk/adik beradik ayah boleh memberitahu kita siapa "AYAH" kita yg sebenarnya sehinggakan kita tak sewenang2nya memanggil "AYAH" org lain sbg "AYAH"

3) "AYAH" seorang manusia boleh ditentukan melalui DNA jika SEMUA BUKTI SOKONGAN lain tiada supaya kita tidak sewenang2nya mengaku menjadi anak kpd "AYAH" seseorang utk merampas harta etc.

sbb tu saya kata...alangkah mudahnya jika istilah "AYAH" adalah serupa dgn permasalahan nama "Allah".

selagi boleh kita TUTUP jalan utk Kristian memurtadkan umat Islam, sepatutnya kita SOKONG, bukannya membiarkan masalah tu dan ambil keputusan menyokong pula pihak yg mmg JELAS ada AGENDA jahat terhadap umat Islam....bukankah Allah dah beri peringatan dlm AlQuran supaya berhati2 dgn golongan KAFIR?

Otak geliga said...

kpd Tuan tanah, sila SEBARkan video ini supaya pembaca2 saudara dpt faham SEJARAH n KONFLIK ttg penggunaan kalimah Allah ni....ilmu yg tak seberapa ni utk dikongsikan bersama

http://www.youtube.com/watch?v=SoNTmixOVYo#t=1231

Na'im Nikmat said...

Pada pendapat sy akidah umat Islam itu jelas...Rujuk surah Al-Ikhlas...Hanya ummat Islam yng jahil shj xdpt bezakan akidah agama lain dgn akidah ummat Islam....Setuju tak kalau saya kata "Allah itu Tuhan sekalian Alam"? kalau tak setuju anda ada masalah dgn akidah anda..........

Otak geliga said...

itu masalah yg Tuan blogger sedang hadapi....

Allah itu Tuhan sekelian alam...Tuhan utk SEMUA termasuklah utk org Kafir, haiwan, tumbuhan, angin, tanah, roh, syaitan, jin, Iblis, malaikat, bunyi, bahasa, masa etc...itu yg diajar sejak kecil

penggunaan nama Allah BUKAN SEMASA org Kafir beribadat, menyebar, mengajar itu tiada masalah bg saya sbb saya yakin Tuan blogger juga FAHAM apa yg Kristian mahu buat dgn nama Allah tersebut?....YA atau TIDAK?

adakah pihak Kristian berjuang utk menggunakan nama Allah semata2 apabila mereka terperanjat, mrk menyebut "Ya Allah", bila berjanji mrk menyebut "Insya Allah" etc??....FAHAM maksud saya?

jika selepas diBENARkan nama Allah digunakan oleh Kristian, saya rasa pastilah tiada masalah jika Kristian mahu menggunakan perkataan "masjid" utk gereja mereka, "solat" ketika mereka beribadat, "bersalawat" ketika mereka bernyanyi di Gereja etc sebagaimana yg berlaku di Indonesia.

bg mereka yg sudah dewasa n faham polemik yg berlaku insyaAllah, tiada apa2.....TAPI SALAHKAH, atau JATUHKAN AKIDAH kita bila kita bimbang dgn apa yg akan terjadi pd generasi akan dtg setelah kita tiada?

skrg inipun, bukanlah sesuatu yg mustahil seorang Ustaz/Ustazah/para ilmuan menganut ajaran sesat spt Ayah Pin yg disekat undang2, kekangan sumber kewangan etc....bayangkan umat Islam Malaysia akan dtg nak berdepan dgn Kristian pd masa akan dtg dgn sumber kewangan, modus operandi, etc yg mantap

saya pelik kenapa kita TERLAMPAU BERSANGKA BAIK dgn golongan Kafir dlm hal2 yg menyentuh agama kita sedangkan sesama muslim??.....:)

harap Tuan blogger lihat link video yg saya beri n adakah ustaz berkenaan juga SUDAH JATUH AKIDAHnya?....begitu juga dgn Tuan Guru Ust Haron Din n ulama2 PAS yg lain yg menghalang Kristian menggunakan nama Allah utk menamakan Tuhan TRINITY mereka, apakah STATUS AKIDAH para Ulama ini pd mata kaca Tuan blogger?

Na'im Nikmat said...

Sebenarnya otak geliga pun tidak faham apa sebenarnya yng sy ingin ketengahkan...keputusan Mahkamah untuk halang penggunaan kalimah Allah bagi memastikan ia tidak disalah erti satu hal...Tapi untuk menghukum murtad ummat Islam adalah kerja gila....

Na'im Nikmat said...

Otak geliga baca betul2 apa yng Dr.Maza sebut...Baca tanpa prejudis...

Na'im Nikmat said...

Akidah kita tidaklah sgt susah difahami...Firman Allah:

[1] Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;


[2] “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;


[3] “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;


[4] “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Surah Al-Ikhlas

Na'im Nikmat said...

Hanya ummat Islam yng JAHIL shj yng tidak faham AKIDAHnya sendiri.....

Anonymous said...

Di indonesia,ramai yg murtad sb kesempitan hidup dan diambil peluang oleh gereja.hakikatnya dalam al-kitab bible ayat2 berkaitan Allah jelas terpisah..allah bapa(zat yg sama dgn pemahaman org islam),anak Allah iaitu jesus isa,ruh kudus allah jibril. allah dlm kristian adalah sama dgn islam cuma terpisah dgn akidah triniti mereka..pernah bertanya knp mereka berdoa pd jesus?jwb mereka,anak allah boleh pujuk allah perkenan doa mereka,di sinilah kekurangan mereka. konsep tawasul berubah dlm akidah mereka.pointnya dlm kristian allah ttp dlm kedudukan tertinggi ttp penganutnya tiada keyakinan yg doa mereka didgr allah sehingga memerlukan si anak jd perantara. sedangkan org islam,doanya terus kpd yg maha tinggi

Anonymous said...

Sepatutnya begini..membenarkan kristian menggunakan kalimat allah tidak salah dan tidak sampai jatuh murtad tetapi kerajaan tidak membenarkannya atas faktor mengelak ketegangan dan menjaga keharmonian dlm masyarakat melayu islam..ringkas dan mudah diterima..(ini juga pernah dinyatakan dr maza bbrp thn yg lalu)..berlapang dadalah..