Thursday, September 26, 2013

KISAH UST AZIZAN: INI BUKAN DUIT AKU TAPI DUIT RAKYAT, TAKPALAH CARI YANG MURAH SUDAH...

 

Pernah suatu ketika, untuk menggantikan kaca matanya, peruntukan kerajaan diberi hampir RM1,000 selayaknya sebagai Menteri Besar Kedah. Di kedai kaca mata, kami menjadi saksi, dia menitip kata.

"Banyak ni...ini duit rakyat. Bukan duit aku...takpalah, cari yang murah sudah."

Bukan itu sahaja, adakalanya baju dipakai semurah RM19.00, yang dibeli dari sebuah kedai lama milik seorang Cina yang kisahnya itu, pernah saya abadikan dalam buku 'Kisah Istimewa Pejuang Kita', yang diterbitkan dua tahun lalu. Seorang yang tidak pentingkan diri.



N'N: Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak telah meninggal dunia kira-kira 11.15 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Semoga Allah mengampuninya dan merahmati rohnya dan ditempatkan dikalangan para syuhada' dan orang-orang yang beriman. Aamiin......

No comments: