tidak tenggelampun...tetapi roboh juga...
banjir ini kecil saja, tapi mampu robohkan rumah dan jambatan...
Waktu ayah memanggil anak saudaranya yang memang biasa berperahu di sungai perak untuk meminta bantuan, air sudah mencecah lantai rumah. Dalam tempuh beberapa minit sahaja air sudah sampai atas lantai, menunjukkan betapa cepat dan hebatnya air naik. Menurut ayah tidak pernah berlaku seperti ini sebelum ini. Waktu berbuka sudah masuk, kebetulan perahu yang dibawa abang saudara(sepupu) tiba di hadapan pintu rumah. Kami sekeluarga tidak dapat berlengah lagi.
Dengan hanya berbekalkan beberapa bungkus pakaian dan keperluan, kami menaiki perahu sambil meneguk air untuk berbuka di samping beberapa ulas kurma yang dikongsi. Abang saudara dibantu oleh ayah mendayung perahu di dalam suasana hari yang semakin gelap. Galah sepanjang lebih kurang 12 kaki yang digunakan untuk melajukan pergerakan perahu hanya berbaki beberapa kaki sahaja, menunjukkan kedalaman air sudah mencapai 8 hingga 10 kaki.
Aku tidak tahu ke manakah arah kami di bawa, tetapi menurut ayah, rumah Wan Teh (kakak ayah yang sulung) terletak di atas bukit yang cukup tinggi dan tidak mungkin air akan mencapainya. Lebih kurang 20 minit kami di bawa menaiki perahu, sampailah dikaki bukit tempat Wan Teh tinggal. Nampaknya di rumah Wan Tehlah satu-satunya tempat yang selamat dan kami boleh menumpang buat sementara waktu. Bermula dari detik inilah kehidupan aku sekeluarga semakin terhimpit.
Ayah sebagai penoreh yang miskin kerana harga getah waktu itu paling rendah dalam sejarah, hilang pendapatan kerana tidak lagi boleh menoreh kerana berbula-bulan pokok getah ditenggelami air. Sawah padi yang diusahakan juga ditenggelami air. Tidak dapatlah kuceritakan bagaimana terhimpitnya hidup waktu itu. Sudah jatuh ditimpa tangga pula apabila rumah kediamanku roboh setelah beberapa minggu ditenggelami air, (air waktu itu sedalam pokok kelapa yang lebih daripada 100 kaki).
Apabila orang kampung dah mula pulang ke rumah setelah beberapa minggu banjir melanda, ayah pun pergi meninjau rumah sendiri, malangnya hanya air mata membasahi pipi, apabila satu-satunya rumah pusaka yang didiami selama ini telah musnah dilanda banjir. Kemanakah arah kami sekeluarga selepas ini? Mengenang semula kehidupan ayah semasa muda dikampung, amat berbeza sekali.
Dulu ayah sangat aktif dalam aktiviti masyarakat. Selain menjadi AJK masjid, beliau juga salah seorang JKKK kampung.Beliau seorang yang berpendidikan pondok, sudah tentu tidak boleh mendiamkan diri terhadap sebarang penyelewengan. Beliau sering menegur segelintir JKKK yang menyelewengkan peruntukan kerajaan kepada orang kampung melalui beberapa projek pembangunan kampung.
Beliau juga sering menegur JKKK yang selalu mengubah keputusan mesyuarat sesuka hati setelah keputusan mesyuarat itu dipersetujui oleh orang kampung. Semua perbuatan mengubah keputusan adalah sebab kepentingan segelintir JKKK yang tidak amanah.
Rupa-rupanya perangai buruk segelintir JKKK yang aku kenali di zaman siber ini sudah diamalkan di zaman dahulu lagi. Agaknya inilah warisan amalan buruk yang tidak dapat dikikis dalam masyarakat Melayu. Rupa-rupanya teguran ikhlas dan berterus terang seperti yang dilakukan ayah tidak disenangi malah dibenci oleh JKKK yang berpengaruh. Samalah macam sekarang juga, ada JKKK yang langsung tidak boleh ditegur, malah berlagak sombong dengan orang ramai.
Tidak hairanlah ramai orang kampung meluat. Mereka tidak amanah dan menghianati usaha murni kerajaan untuk membantu masyarakat. Begitu jugalah yang berlaku penyelewengan terhadap bantuan rumah PPRT dan seumpamanya. Berbalik kepada kisah ayah, rupa-rupanya JKKK telah berpakat menyingkirkan ayah dari JKKK dan juga AJK masjid. Akhirnya ayah membawa diri beruzlah dari kumpulan yang berperangai buruk itu. Dendam JKKK terbalas, bila kesusahan keluarga kami langsung tidak diperdulikan kerana ayah dianggap kaki bangkang.
Kerajaan waktu itu mengadakan bancian terhadap penduduk kampung yang kehilangan rumah, kerana kerajaan beri bantuan kayu dan papan dan rumah pula didirikan secara bergotong royong. Akhirnya semua rumah orang kampung yang roboh dapat didirikan semula dengan bantuan kayu dan papan dari kerajaan, tetapi malang nasib ayah sekeluarga, kerana kami dinafikan hak mendapat bantuan kerajaan kerana dosa ayah terhadap JKKK yang selalu membuat penyelewengan peruntukan kerajaan kepada orang kampung. Ayah sangat bersedih dengan keadaan itu, tetapi tetap redho dengan ketentuan Tuhan. Apa yang ayah buat adalah menurut perintah Allah dan apa yang berlaku juga adalah kehendak Allah.
Sebenarnya itu adalah kemuncak kebencian mereka terhadap ayah, sebelum itupun semasa dalam keadaan banjir, banyak bantuan makanan yang diberi kerajaan, tetapi keluarga kami tidak dapat apa-apapun walaupun satu tin sardin. Peristiwa sedih ini akan aku bawa dalam hidup aku dan tidak akan aku lupakan sehingga akhir hayatku. Aku telah melihat sendiri balasan Tuhan terhadap mereka yang menzalimi ayah dan keluarga aku. Ingatlah bahawa apa yang kita buat sekarang tidak terlepas dari balasan Tuhan pada masa yang akan datang. SUMBER
N'N: Begitu zalimnya UMNO/BN menafikan hak seorang rakyat, sampai bila kita harus melayan politik sempit UMNO/BN.....PRU-13 kita talkinkan UMNO/BN.............
2 comments:
knape guna tajuk PR kejam? yg kejam BN..jgn kelirukn org..!!!
Anon, itulah sakastik namanya....bila buat begini org UMNO akan berpusu2 ingin tahu bagaimana kejamnya PR walhal yang kejam adalah BN..Reverse psikologi :-) jangan marah......
Post a Comment