Kejadian tersebut berlaku pada 10 Julai 2012 lalu apabila seorang warga emas telah diragut di Pulau Pinang. Wanita itu kemudiannya terseret ke tengah jalan dalam keadaan kesakitan. Lebih malang apabila sekurang-kurangnya 5 orang awam yang lalu lalang di situ sekadar melihat mangsa dan membiarkannya tanpa menghulurkan bantuan. Wanita malang itu hanya menerima bantuan daripada seseorang yang kemudiannya menghubungi ambulans.
Fakta kejadian:
- Mangsa ialah Tan Kim Chuan, balu berumur 60 tahun yang baru sahaja dua minggu berpindah ke Rifle Range.
- Mangsa diragut pada pukul 6.02 pagi oleh seseorang yang menunggang motosikal dan kejadian itu dirakam oleh CCTV.
- Sekurang-kurangnya 5 orang awam lalu lalang dan membiarkan mangsa dalam keadaan kesakitan.
- Mangsa meninggal dunia pada pukul 3.45 pagi selepas dimasukkan ke hospital kerana kecederaan serius di bahagian kepala.

sumber
N'N: Apa yang ada dalam fikiran orang yang hanya mampu memerhati wanita tua itu mengerang kesakitan tanpa sedikit pun berasa perlu untuk beri bantuan? Sebab itu aku tanya apa perasaan korang jika wanita itu ibu korang?
No comments:
Post a Comment