yang setia mengikuti blog ini dan ingin mengikuti

Firman Allah SWT:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Innity

Thursday, June 28, 2012

KALAU YB PR NAK KAYA MEMANG SENANG PETIK JARI SAHAJA RM5 JUTA BOLEH DAPAT, TETAPI MEREKA PERLU GADAI MARUAH DAN JADI PENGKHIANAT.




KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Indera Mahkota daripada PKR, Azan Ismail mendakwa pernah ditawar jutaan ringgit untuk lompat parti. Azan berkata, beliau ditawarkan habuan itu oleh seorang individu yang ditemui di sebuah hotel di sini pada 27 Januari 2010.

"Selain saya, beberapa Ahli Parlimen lain turut ditawar habuan lumayan untuk tinggalkan pembangkang.

Yang lebih daripada RM5 juta seorang pun ada," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen di sini, semalam.

Menurutnya, mereka yang dipilih untuk dipujuk terdiri daripada wakil pembangkang yang dianggap berkualiti.

"Sesi rundingan untuk memujuk kami lompat dijalankan secara teratur, kemas dan terperinci," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Ahli Parlimen Shah Alam daripada Pas, Khalid Samad.

Ditanya mengenai bukti dakwaannya itu, Azan berkata, beliau akan mendedahkan bukti itu tidak lama lagi.

"Sekarang saya mahu cakap hal ini saja, dan kita tunggu respons mereka," katanya.

Azan mengaku, tujuan beliau mendedahkan tawaran itu untuk menyusuli pendedahan Khalid sebelum ini yang mendakwa wujud tawaran sehingga RM2 juta kepada Ahli Parlimen pembangkang yang mahu lompat parti.

"Saya harap rakyat akan sedar mengenai perkara ini dan bersedia untuk menilai soal integriti menjelang pilihan raya," katanya yang mengaku menolak tawaran itu atas sebab prinsip.

SUMBER

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang

Bloglist 1

Apa Perkongsian Mereka (10 Paling Terkini)