Wednesday, June 27, 2012

INILAH JAMBATAN TERCANGGIH SELEPAS 54 TAHUN UMNO/BN MEMERINTAH (GAMBAR)



TEMERLOH - Seramai 500 penduduk Kampung Mambang Berulang dan Sungai Dingin, dekat sini berhadapan risiko kemalangan berikutan jambatan gantung yang digunakan bagi menghubungkan kampung berkenaan dengan bandar Mentakab kerap mengalami kerosakan.
"Negara kita telah merdeka 54 tahun dan jambatan sepanjang 200 meter itu tidak lagi sesuai digunakan zaman sekarang. Tambahan pula, jambatan itu sudah uzur dan mengalami banyak kerosakan...

N'N:Tranformasi???

sumber

Itu cerita di Temerloh jom kita pergi ke Kuala Lipis pula:

PENDUDUK Kampung Beriang dan Kampung Pamah Aur menggadai nyawa setiap hari meniti jambatan gantung usang.

KUALA LIPIS: Lebih 450 penduduk Kampung Beriang dan Kampung Pamah Aur dekat sini menggadai nyawa setiap hari meniti jambatan gantung usang yang menghubungkan kedua-dua kampung itu sejak lima bulan lalu.
Jambatan gantung yang berusia lebih 30 tahun itu menjadi laluan utama penduduk berulang alik sama ada untuk mencari rezeki, menghantar anak ke sekolah dan aktiviti harian, termasuk ke surau.

Penduduk, Wan Mohd Arif Wan Ahmad, 73, berkata mereka tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menyeberangi Sungai Tanum yang menghubungi kedua-dua kampung kerana jambatan gantung itu adalah jalan pintas dan menjimatkan masa.

"Paling membimbangkan penduduk kampung ialah keselamatan dan nyawa anak-anak kecil dan pelajar yang menyeberangi sungai setiap pagi untuk ke sekolah.


3 comments:

Ridzuans said...

Negeri PM sendiri pun dok pkai titi gantung lg, negeri lain apatah lg.

Anonymous said...

wahh cangginhyer...sbb terlampau canggih smp aku pun xmampu bayangkan keadaan sbnr jambatan ni.....kagumnyer aku dgn jasa2 umngok pada rakyat jelata lebih2 lagi rakyat pahang yg PMnyer pun org pahang.....mmm kesiannnn....

Anonymous said...

Najuuub tak tau nk erti berkhidmat untuk rakyat krn yang Najuuub ni tau ialah dasar populis, bela panda 2 ekor yang tak der menfaat langsung! Yilekk manfaat! Rakyat marhein? takder nilai bagi Najuub...ur ni.