Thursday, May 31, 2012

iPAD 1 MALAYSIA, DI MALAYSIA RM999 TAPI DI THAILAND RM256. APA CERITA NI?

http://3.bp.blogspot.com/-y5sZ1htBByE/T8Xn4cuAlUI/AAAAAAAAc7w/C6yKPGw3DXs/s400/ipad-1malaysia-terbaru.jpg

1Malaysia Pad berukuran tujuh inci adalah tablet yang menggunakan sistem operasi Android Gingerbread 2.3, kamera belakang tiga megapiksel dan hadapan 0.3 megapiksel, mempunyai sambungan WiFi serta dilengkapi aplikasi terbaru 1Malaysia Club, 1Malaysia Messenger dan 1Malaysia Info - Sinar Harian

Sebahagian dari 5000 unit 1MPad akan mula dipasarkan pada bulan hadapan dengan harga RM999 sebuah.

Meskipun ianya baru dipasaran produk ini dipertikaikan ramai kerana ianya menggunakan sistem operasi Android Gingerbread 2.3 yang sudah out of dated.

Harganya juga adalah terlalu tinggi jika dibandingkan dengan apa yang dibekalkan oleh Kerajaan Thailan kepada pelajarnya yang berumur enam hingga lapan tahun pada harga US$81 atau RM256 bagi setiap unit.

Kerajaan Thailand dilaporkan membekalkan kepada pelajarnya tablet yang punya screen berukuran tujuh inci yang menggunakan sistem operasi Andriod 4.0.

Bayangkan berapa banyak untung yang bakal dikaut oleh Ketua Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan Pemuda Umno Malaysia jika 1.4 Juta pelajar seluruh Negara dikerah membelinya…Selanjutnya......

1 comment:

Anonymous said...

jangan beli
kalau bagi free aku suruh anak aku ambik

baik aku pakai apple atau samsung
puas hati dan tak sangkut2