Kenyataan ini dibuat bersempena dengan himpunan Countdown 10 Hari Sebelum Bersih 3.0 yang sedang berlangsung dari Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Abdul Kadir turut menegaskan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dianggap sebagai pencuri pilihanraya kerana sanggup bersekongkol dengan Umno-APCO yang pernah disertainya sejak 56 tahun lalu demi mempertahankan kuasa menjelang pilihanraya umum yang dijadualkan pada 23 Jun tahun ini.
Beliau turut menambah SPR akan berdepan dengan kuasa rakyat apabila kemuncak tuntutan Bersih 3.0 dikumandangkan serentak dengan himpunan anti-Lynas yang akan mengenakan baju t berwarna hijau.
Turut hadir anak bekas Timbalan Perdana Menteri yang mengaku masih ahli Umno-APCO, Tamrin Ghafar Baba (gambar atas), Dr Aziz Bari, ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok, Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong, ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ramai lagi.
No comments:
Post a Comment