Saturday, March 10, 2012

NAK TAHU SIAPA PEMIMPIN UMNO YANG BUAT KATERING RM 359.60 SATU KEPALA DAN GUNA DUIT RAKYAT SAMPAI RM409,767? NAK TAU SILALAH BACA:

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh6MxBJH0Gdj_3Valb4YkylYALQQRDzXwsSno-zlsETMLtSWA8qCjPZ6xDg_WOVgPw1YpX32G7mKco2sM-5FL2Jlkd79knnmDSUo-TMPUogBNtiYCzPXxSuu2MMrnMUGh2dcxK6e63Voa0/s640/Banquet+Event+Order+01.jpg

Dokumen yang membuktikan Najib guna wang Rakyat biaya Majlis Pertunangan Anaknya


Ketika Najib sibuk mempromosikan menu rakyat 1Malaysia kepada rakyat, majlis pertunangan anaknya sendiri beliau lebih memilih untuk menghidangkan makanan mirip santapan di raja kepada tetamu yang hadir.“Tetamu tidak dihidangkan dengan menu rakyat 1Malaysia, sebaliknya menu yang mirip santapan di raja termasuklah daging panggang Australia, makanan-makanan laut dan pelbagai juadah yang di luar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa,” katanya.

“Adalah sangat memualkan apabila wang rakyat digunakan memenuhi nafsu dan citarasa mereka itu. Pada masa yang sama, Perdana Menteri membayar perunding-perunding untuk membina imej seorang yang makan bersama-sama rakyat dan menampilkan kesederhanaan.”

Menurut Rafizi, majlis pertunangan anak Najib dengan pasangan dari Kazakhstan telah menelan belanja RM409,767 itu berlangsung di Seri Perdana dan ditanggung rakyat kerana berdasarkan dokumen pembayaran yang dikeluarkan pihak katering majlis tersebut dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri.

PERDANA MENTERI SELEWENG WANG RAKYAT UNTUK MAJLIS PERTUNANGAN ANAK BELIAU?

Pada 17 Jun 2011, Perdana Menteri dan isteri telah mengadakan satu majlis pertunangan anak perempuan beliau dengan pasangannya di Seri Perdana. Majlis tertutup itu dihadiri oleh pembesar negara, tokoh-tokoh terkenal dan sahabat handai Perdana Menteri dan isteri beliau.

Sejurus selepas majlis itu dilangsungkan, pimpinan KEADILAN telah mempersoalkan sama ada perbelanjaan majlis tersebut ditanggung oleh rakyat Malaysia? Dr Tan Kee Kwong, ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN telah tampil menyebut bahawa ada ura-ura ia ditanggung oleh rakyat Malaysia kerana dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri.

Hari ini, KEADILAN mengemukakan bukti kukuh bahawa majlis tersebut dibiayai oleh rakyat Malaysia apabila keseluruhan urusan tempahan dan pembayaran dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri.

Dokumen yang disertakan bersama adalah dokumen tempahan catering yang memperincikan kos berikut:

~Kos jamuan VIP seramai 36 orang @ RM522 seorang = RM18,792

~Kos jamuan tetamu seramai 862 orang @ RM359.60 seorang = RM309,975

~Kos pengendalian = RM81,000

Jumlah = RM409,767

Rakyat memahami kehendak dan citarasa Perdana Menteri dan isteri yang sememangnya mahukan majlis dan jamuan yang terbaik untuk tetamu mereka. Tetamu tidak dihidangkan dengan menu rakyat 1Malaysia, sebaliknya menu yang mirip santapan diraja termasuklah daging panggang Australia, makanan-makanan laut dan pelbagai juadah yang diluar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa.

Sementara itu hak peribadi mereka untuk mempunyai citarasa yang tinggi, adalah sangat memualkan apabila wang rakyat digunakan memenuhi nafsu dan citarasa mereka itu. Pada masa yang sama, Perdana Menteri membayar perunding-perunding untuk membina imej seorang yang makan bersama-sama rakyat dan menampilkan serba kesederhanaan.

KEADILAN telah membuat semakan dan berjaya mengesahkan bahawa individu-individu yang dinamakan di dalam dokumen tersebut adalah sahih dan bekerja di organisasi masing-masing.

Ini bukan perkara yang remeh walaupun jumlahnya hanyalah RM409,767 kerana ia melambangkan sikap sambil lewa kerajaan, bermula dari Perdana Menteri hinggalah ke menteri-menterinya menggunakan wang rakyat bagi kemewahan peribadi.

Dengan pendedahan-pendedahan setakat ini yang melibatkan menteri-menteri dan timbalan menteri, KEADILAn berpendapat sudah sampai masanya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan menyiasat penyelewengan wang rakyat oleh Perdana Menteri, menteri-menteri dan timbalan menteri yang telah didedahkan setakat ini.

Perkara ini akan dibincangkan bersama-sama rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk dibawa ke sidang Dewan Rakyat yang bermula minggu depan.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
9 MAC 2012

SUMBER


N'N: Kau nak buat kenduri anak pun agak2lah guna duit rakyat...Berapa ramai rakyat yang kau jemput pun Najib.....Alahai pemimpin UMNo korang ingat duit rakyat tu keluar drpd poket korang ker???

2 comments:

INSAN BIASA said...

AKU TAK HALAL

aree said...

salam perjuangan ...lawan terus lawan...