"YB arahkan kami pindah ke satu kawasan taman perumahan yang tidak didiami penduduk akibat kawasan itu sering dinaiki air (banjir).
Kami mahu dihantar ke kawasan "jin bertendang" buat apa. Pemaju pula menawarkan ganti rugi sebanyak RM4,000 untuk urusan perpindahan terbabit.
Kami tidak kisah itu semua, apa yang kami kesalkan kenapa permohonan kami yang manjoritinya pengundi BN pada setiap kali PRU tidak dilayan dengan baik.
Kenapa syarikat swasta pula dapat tanah ni .. Jika kawasan yang mereka dapat itu dibelakang rumah saya mungkin tak jadi masalah (sebab depan rumah laluan paip gas petronas).
Tapi, kelulusan kepada mereka dibuat termasuk kawasan tanah yang saya diami dan termasuk juga di sekitar kawasan paip gas berkenaan. Bukankah ini tidak munasabah dan tidak masuk dek akal. Siapa punya kerja semua ini.
Tolong jangan tipu rakyat demi sebuah projek pembangunan. Kami tidak tolak pembangunan, tapi biarlah ia adil untuk rakyat.
Kalau kes ini berlaku di negeri pembangkang, maka sudah pasti ia akan diperbesarkan oleh media arus perdana. Mujurlah ia berlaku di Pahang yang diperintah oleh UMNNO Barisa Nasional", kata Aziz.Selanjutnya......
1 comment:
Horey melayu kena tipu termasuk aku
Post a Comment