Thursday, February 2, 2012

TERIMA KASIH TNB KINI BIL ELEKTRIK DIRUMAH WARGA EMAS BERNAMA AH LEK NAIK 65 KALI GANDA.

http://2.bp.blogspot.com/-f7dpPeYvmCo/TyiNTRsuRhI/AAAAAAAALm8/ZQod9Fnu-bM/s1600/ne_08_1.jpg

Menurut Ah Lek, bacaan bil elektrik di rumahnya di Taman Perumahan Rakyat Iskandar di sini berubah secara mendadak sejak meter bacaan ditukar oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) tanpa pengetahuannya pada Oktober tahun lepas.

Jelasnya, sejak itu, bil elektrik melambung tinggi sehingga mencecah RM1,092.52 sebulan berbanding hanya purata RM17 sebulan sebelum ini.

Katanya, jumlah tersebut tidak munasabah memandangkan dia hanya tinggal bersendirian dengan memiliki sebuah kipas, televisyen dan peti sejuk dengan penggunaan yang cukup minimum.

Ujarnya, pada bulan Oktober tahun lalu, bil elektrik di rumahnya melambung sehingga RM96 dan dia kemudian menerima notis pemotongan pada bulan Disember apabila bil mencecah RM150.

“Apabila saya ajukan masalah ini kepada pihak TNB, saya dimaklumkan bahawa meter telah ditukar dan saya perlu membayar bil mengikut jumlah yang ditetapkan. Saya akur dan membayarnya.

“Bagaimanapun, bil terbaharu yang saya terima awal Januari lalu menunjukkan jumlah mengejutkan iaitu RM1,092.52. Ia membuatkan saya tertekan kerana tidak ada duit untuk membayarnya,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Biro Aduan Awam Pemuda MCA Johor, Kua Song Tuck di sini semalam.

Sumber: www.kosmo.com.my"

1 comment:

Anonymous said...

MCA masih mahu sertai kompenen BN lagi ke? TNB dengan AMNO bersekongkol menaikan tarif letrik dahlah naik tarif letrik, tukar meter digital letrik mencekik darah orang.