Kalau korang perasan UMNO pun selalu buat lawak bodoh macam ni, kata mereka kalau undi PR Melayu akan pudar dan terus lenyap.........Aku nasihatkan korang baca hujah ni sampai habis, confirm korang akan faham.........
Baru-baru ini saya post pendapat saya tentang politik di Malaysia di status facebook saya. Salah satu berbunyi; “Kebanyakkan rakyat takut untuk berubah kerana TAKUT hilangnya Melayu.” Saya petik sebuah syair Arab menyatakan, “sesebuah bangsa itu tidak akan hilang melainkan runtuhnya akhlak bangsa tersebut”.
Kemudian saya dapat satu private message di inbox Facebook saya menyatakan ketidakbersetujuan beliau dengan pendapat saya.
Pertama kali saya dapat komen private sebegini mungkin juga kerana ini pertama kali saya dengan terang-terangan menyatakan pendapat politik saya yang mentah ini. Saya menulis di sini kerana saya kira ianya tanggungjawab saya sebagai gadis berusia 24 tahun, mengambil jurusan undang-undang yang suka ambil tahu dan mencari maklumat untuk mengetahui kebenaran kerana saya tidak suka menerima apa yang disuap sahaja.
Dan semoga, jika Allah menyoal saya di akhirat kelak apa yang kamu lakukan untuk kebaikan Islam? Saya akan menjawab usaha saya yang satu ini untuk menyampaikan apa yang saya tahu supaya yang tidak tahu akan mengetahui dan pengetahuan saya tidak sia-sia. Sekurangnya saya berusaha.
Private message tersebut berbunyi berikut:
My opinion
Salam “gadis”, Melayu memerintah Kelantan sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan tapi yg menjadi kekhuatiran ialah orang Bukan Melayu (DAP atau parti yang mengikut telunjuk DAP) memerintah Persekutuan...Uncle tak khuatir kalau Melayu memerintah Persekutuan tak kira parti apa asalkan Melayu.
DAP akan mengujudkan Malaysian Malaysia jika mereka memrintah, semua sama rata, tidak ada siapa yang mendapat keistimewaan. Orang Melayu lebih-lebih lagi di luar bandar masih belum boleh bersaing dengan bangsa asing seperti orang Cina terutama dalam bidang pendidikan & ekonomi. Uncle tak risau langsung kalau PAS betul-betul kuat, memerintah tanpa perlu kerjasama dengan DAP. Uncle menyokong Hudud... Sebagai orang Islam kita perlu sokong hukum Allah.
Keadaan dalam negara kita membimbangkan, orang Cina dah naik kepala, tanpa segan silu mempertikaikan keistimewaan orang Melayu, mengejek-ejek orang Melayu, secara terbuka di fb mengkritik orang Melayu. Uncle takut kita jadi seperti Singapura... Itu pandangan Uncle sebagai orang tua yang makan lebih sikit garam daripada orang muda seperti ”gadis”.... Uncle memikirkan nasib anak cucu uncle ... Nauzubillah orang Cina memerintah kita ...
Jawapan saya:
Ya, saya sangat bersetuju dengan pendapat uncle tersebut. Saya juga mempunyai kerisauan yang sama sebelum ini. Tetapi selepas saya lihat semua keadaan, meneliti semua maklumat, kenaikan suara orang Cina memang tidak dapat dibendung lagi.
Persoalan utama adalah tentang kebangkitan orang Cina yang akan menganggu gugat kedudukan orang Islam dan Melayu terutamanya. Seperti yang saya katakan tadi kebangkitan orang Cina tak dapat dibendung lagi terutama sokongan kepada DAP. Boleh dikatakan hampir 90 % daripada mereka menentang kerajaan. Oleh itu walau apa cara sekali pun, parlimen akan datang akan dipenuhi dengan orang Cina iaitu melalui kerusi-kerusi DAP dan mereka pasti akan memenangi kerusi tersebut dengan sokongan penuh orang Cina sekarang ini.
SATU sahaja cara untuk membendung keberkuasaan orang Cina terhadap orang Melayu, iaitu orang-orang Melayu yang menyokong Umno sebelum ini menyokong PAS. Jika kita menyokong PAS bermakna PAS akan majoriti dalam Pakatan Rakyat.
Mengapa saya menyatakan begini? Di dalam Pakatan Rakyat, mereka telah membahagi-bahagikan kerusi antara PAS, PKR dan DAP. Seperti kita tahu kerusi PAS adalah sekitar 80 kerusi PKR sekitar 90 dan dan DAP cuma 42. Mengapa kerusi PAS dan PKR lebih banyak? Kerana penentuan kerusi ini adalah berdasarkan populasi penduduk. Untuk kawasan Melayu, diletakkan calon PAS dan untuk kawasan Cina diletakkan calon DAP manakala pengundi campuran adalah PKR. Kita juga tahu Melayu adalah majoriti di negara ini.
Sebab itu saya katakan, dengan satu cara sahaja untuk selamatkan keberkuasaan Melayu iaitu dengan cara semua orang Melayu mengundi PAS. Ini akan menyebabkan secara automatik majoriti kerusi parlimen akan dimenangi oleh orang Melayu melalui PAS. Dengan cara ini, Islam akan mampu mengubah keadaan parah Malaysia, bukanlah semata-mata untuk mencari kekayaan untuk keluarga sendiri seperti berlaku sekarang ini.
Bayangkan apa yang akan berlaku apabila orang Melayu terus mengundi Umno (kononnya untuk menjaga kepentingan Melayu) dalam pilihan raya umum nanti ketika orang Cina sudah mengundi Pakatan atau jelas DAP dan PKR.
Ketika itu, Umno akan menang sekitar 70 kerusi Melayu yang ditandinginya. PAS pula akan tinggal bawah 10 kerusi. DAP akan menang 40 kerusi yang ditandinginya manakala PKR akan menang 50 kerusi. Selebihnya dimenangi oleh parti-parti di Sabah dan Sarawak.
Bayangkan scenario yang berlaku ketika itu. Negara tidak stabil. Kalau BN menangpun dengan kerusi yang majoriti kecil, dan Pakatan pula menjadi pembangkang dengan kekalahan yang kecil. Negara seolah-olah dikuasai oleh Melayu sedangkan pembangkang adalah Cina sepenuhnya.
Negara tidak akan stabil. Malaysia akan menjadi sebuah negara yang politiknya bercorak dikotomi di mana kerajaan adalah Melayu manakala pembangkang pula Cina. Perkara ini adalah sangat tidak sihat kerana pentadbiran negara tidak akan fokus kepada mambawa kebaikan kepada semua pihak tetapi sesetengah pihak sahaja.
Namun perkara ini boleh diimbangi dengan mengundi PAS yang sudah tentu orang Melayu dan Islam yang betul-betul mahu membela Islam dan juga Melayu. Ketika itu, Cina yang menyokong DAP akan bergabung bersama dengan Melayu yang menyokong PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat. Inilah formula kestabilan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Suasana kestabilan di bawah BN tidak boleh berlaku lagi kerana Cina sudah tidak bersama dengan BN kerana mereka menolak politik Umno.
Tidak terfikirkah betapa orang PAS dan saya sendiri sayangkan bangsa saya, Melayu. Semua orang sayang akan bangsa mereka sendiri termasuk Cina, India dan lain-lain. Tetapi saya musykil betul kah Umno sayangkan Melayu itu sendiri atau sekadar gah dengan PERKASA
Terlalu banyak pembelotan yang dilakukan Umno kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia sehingga kini. Tidak terfikirkah mengapa Cina begitu tegar menentang kerajaan BN sekarang? Tidak sedarkah kenapa mereka menuntut hak itu?
Tidak sedarkah bahawa mereka menuntut hak tersebut KETIKA pemerintahan sekarang yang mengamalkan ketidakadilan, kronisme, penipuan dan rasuah. Sebab mereka sudah muak dengan sikap pemerintahan BN di mana bagi saya sangat melampau cara mereka menggunakan wang negara (sila rujuk laporan audit negara).
Malaysia sangat kaya dengan gas, sawit, emas, getah, timah, dan banyak lagi, tetapi masih ramai lagi rakyat yang sangat miskin. Sedangkan negara kita kaya tetapi di sebabkan pemerintah yang tidak menguruskan negara dengan betul, Malaysia menjadi sekadar sebuah negara kroni sahaja.
Jika dibandingkan dengan negara Arab Saudi yang jauh lebih berkebajikan walhal sumber hasil mereka cuma petrol dan gas tetapi mereka berjaya memberi pendidikan percuma, air percuma, harga minyak yang murah dan lain-lain keperluan asas rakyat yang wajib di penuhi pemerintah. KENAPA BUKAN MALAYSIA?
Tentu Uncle fikir, kenapalah saya beriya sangat dengan politik ini sedangkan saya masih mentah? Sebelum ni saya tidak berapa kisah tentang politik. Bagi saya semua politik sama, ada kepentingan dan kotor. Tetapi tidak perasankah kita betapa teruknya gejala sosial sekarang dan Malaysia kita seperti tiada Islam lagi.
Masyarakat sekarang dibentuk dengan hiburan yang berlebihan, sukakan hiburan, sistem pemerintahan yang tiada tarbiyah langsung terhadap masyarakat menyebabkan anak luar nikah dan zina tidak terbendung, terasa tidak selamat di negara sendiri dengan kadar jenayah yang meningkat, dan paling menyedihkan tiada lagi akhlak di kalangan kebanyakan anak muda yang bakal memimpin negara.
Saya berfikir, dengan apakah supaya negara ini berubah? Saya mencari punca kenapakah negara ini menjadi sebegini rupa? Cuma satu penyelesaian saya jumpa iaitu dengan BERUBAH. Berubahnya cara pemerintahan negara dengan mengubah pemerintah tersebut. Untuk berubah, hanya dengan mekanisme politik dapat mengubah tampuk pemerintahan tersebut.
Tahukah bahawa semua kerusi ibu negeri di setiap negeri sekarang seperti Kuantan, Shah Alam, Alor Star, Ipoh, Seremban, Melaka dan lain-lain ibu sudah dimenangi Pakatan Rakyat kecuali Arau sahaja yang tidak dimenangi? Mengapa mereka yang berada di kawasan membangun ini memilih untuk berubah dan tidak di lain kawasan?
Kerana mereka cakna dengan maklumat dan boleh mengakses maklumat dengan menggunakan teknologi yang ada dan tidak menerima bulat-bulat apa yang disampaikan oleh media utama seperti mana yang dimahukan kerajaan.
Ketahuilah, kebanyakan masyarakat sekarang mengalami KETAKUTAN disebabkan media. Saya gelar itu sebagai ‘media freak’ kerana media sering memomokkan betapa Melayu akan hilang dengan berubahnya tampuk pemerintah. Tidakkah anda sedar bahawa sistemnya masih sama di mana di dalam BN, terdapat MCA dan MIC manakala di dalam PR terdapat PAS, PKR dan DAP. Namun keduanya amat berbeza dari segi perjuangan iaitu BN memperjuangkan kronisme manakala PR memperjuangkan kebajikan dan keadilan untuk rakyat. Merujuk kepada buku Jingga iaitu tawaran daripada PR, tiada apa yang berbeza dengan keistimewaan hak orang Melayu di mana mereka masih mengiktiraf hak keistimewaan orang Melayu dan Islam sebagai sebagai agama rasmi, kedudukan raja-raja Melayu dan juga bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi.
Kenapa masih takut? Takut bahawa PAS akan ikut telunjuk DAP? Ia akan berlaku kalau PAS minority tetapi jika PAS majority dalam kerajaan berkenaan, DAP akan mengikut telunjuk PAS.
Jika anda lihat debat antara DAP dan MCA, anda akan lihat siapa yang mengikut telunjuk siapa selama ini. Kata Chua Soi Lek presiden MCA; “Kita orang Cina berani menentang Umno terutama dalam bab hudud, adakah DAP berani dalam hal ini?” kemudian Lim Guan Eng, Setiausaha DAP menjawab; “Kita orang DAP tidak boleh menghalang kepercayaan orang Islam dalam hal agama mereka, begitu juga orang PAS tidak pernah menghalang dalam bab agama kita”. Anda bijak, anda yang menilainya.
Bukankah Allah sudah berjanji Islam itu rahmatan lil a’lamin (rahmat untuk seluruh alam) tidak kira bangsa dan agama. Kenapa perlu terlalu takut? Takut dikatakan tidak mengenang jasa? Bukankah sememangnya tanggungjawab kerajaan untuk membina negara? Tapi negara seperti apakah yang sedang di bina sekarang? Negara korupsi dan kronisme?
Kata akhir saya, jadilah warga yang CAKNA. Jangan sekadar menerima apa yang disuap, dapatkan juga maklumat lain supaya kita dapat membuat perbandingan dan menilai dengan bijak. Selainnya, terserah pada semua untuk membuat pilihan.
Sekian, maaf jika saya yang sekadar memerhati dan masih mentah ini menyinggung mana-mana pihak.
N'N: Islam,Al-Quran,As-Sunnah,Ijmak Ulama', Qias yang jelas kemudian baru Melayu.........

11 comments:
Salam,ianya memang satu pendapat yang betul,pemikiran kita sebagai bangsa Melayu selalunya berteraskan kepada sentimen,buknnya ilmu,sayangnya sejak sekian lama kuasa eksekutif di tangan pemerintah,mereka mengabaikan 'malay power' di dalam banyak hal,dari tanah rizab melayu sehinggalah kepada ekonomi bangsa Melayu, sebaliknya hanya berti dak mengkayakan diri serta pihak yg berkepentingan dengan mereka sahaja.Bukan masanya menyalahkan bangsa lain, kerana kuasa eksekutif yg diamanahkan sejak sekian lama tidak ditunaikan sepenuhnya,kerana semua bangsa di Malaysia yg mempunyai IC adalah warganegara yg sah,salahkah mereka bertindak di dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh perlembagaan? Sehingga sekarang perjuangan berteraskan bangsa tidak akan berjaya, buktinya fiqh sirah SAW, mendaulatkan Islam secara total akan mengikat kemas hak bangsa Melayu dan menjaga hak bangsa lain, soalnya apakah Islam didaulatkan sedemikian rupa sebagai The Way Of Life?
geng2 umnongok kena baca entry ni baru diorg celik mata hati.
aku kagum dengan pendapat 'gadis' ini.
mmg aku sependapat dgnnya. Idea yg bernas dan terbuka.pendapat seperti inilah yg boleh membawa kita berfikiran lebih jauh untuk menilai keberkesan pemerintah kerajaan sekarang yg mmg jelas banyak terpesong serta byk membebankan semua rakyat Malaysia.
Syabas kepada 'gadis' ini.
masalah utama kita ialah meletakkan melayu didepan... yang boleh menyatukan bangsa adalah agama...yang penting negara kita dipimpin oleh orang islam yang islam... kita masih berkata tentang bangsa... tak kira bangsa apa yang memerintah.. asalkan islam yang islam.....
syabas...anda memang celik politik.
teruskan penerangan anda kpd mereka yg masih leka dgn permainan drama umno. semoga anda mendapat kurniaan besar allah di akhirat kelak kerana turut terlibat dgn cara sendiri bagi merobohkan benteng sekular umno.
ikutilah soal jawab bersama ustaz azhar idrus dlm youtube...nescaya lebih terbukti bahawa menyokong umno itu adalah penentangan kepada usaha menegakkan agama allah di bumi malaysia ini.
N'N: Islam,Al-Quran,As-Sunnah,Ijmak Ulama', Qias yang jelas kemudian baru Melayu.........
Hmmmm.... nak perbetulkan skit jah. ... eloknya gantikan dengan "pengalaman terbaik org yg terdahulu untuk orang terkemudian" pada "... kemudian baru Melayu.........."
huhuhu.. wasalam
Tak baik menipu,nanti lama-lama terbongkar juga.
Mula-mula saya nak bagi undi kepada 'gadis' tolak uncle tak kita apa partinya. Keseluruhan tulisan gadis saya setuju. Dah lama orang kuat pas minta melayu undi pas, sebab ameno dah tak boleh dipercayai lagi. Tak adil paling ketara. Semua dia boleh buat, orang lain tak boleh, faham tak? polis, hakim, pegawai kerajaan yang sepatutnya bebas, umno dah cengkam, tak betul gitu? Jangan nafikanlah. Allah Maha Mengetahui. ops, lupa depa bukan percaya sangat tang yang ni. Tembolok dulukan, tu yang kedua je. So kalau betul uncle yang lebih sikit makan garam tu, jujur, demi melayu, ikut saranan gadis tu. Jangan marah, di mana dap lawan bn/um.. tu, saya pangkah dap.
modal nye ialah MELAYU!!!.... mereka sanggup mempertahankan MELAYU KRONI dari mempertahankan agama.....
orang bukan islam lebih paham islam....
ntah le.. ape nak jadi mereka nih.... malaysia nih dah jadi hak depa plak....
Islam or melayu x pernah jadi masalah,masalah nya kroni - kroni
Aku juga terpanggil dgn kenyataan'gadis' ini. Satu idea yg bernas dan boleh diterima kepada yg mahu menilai. Pemerintah hanya memperalatkan "MELAYU" utk menjahanamkan melayu. Eloklah kita semua BERUBAH demi masa depan Islam dan bangsa negara. InsyaAllah kita akan lihat negara yg berdaya saing diperingkat global.
Post a Comment