Thursday, February 2, 2012

BENDA YANG TAK PERNAH UMNO/BN TERFIKIR PUN NAK BUAT TAPI PAS AKAN BUAT.

PAS hargai RAKYAT : Ajak sama-sama hasilkan MANIFESTO





PAS hari ini membuktikan bahawa parti itu menghargai dan menyayangi rakyat apabila mengajak rakyat Malaysia untuk turut sama dalam penghasilan manifesto pilihan raya ke-13 parti Islam dengan memberi cadangan dan harapan sekiranya Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya.

Mana ada parti-parti lain khususnya dalam BN yang mengambil maklum balas dan cadangan rakyat dalam penghasilan manifesto mereka.

Rakyat sudah tentu faham dan tahu apa yang mereka mahukan dari kerajaan baru yang bakal menggantikan Umno/BN yang sudah busuk sampai ke usus.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata manifesto parti itu menekankan harapan rakyat Malaysia selepas Barisan Nasional (BN) gagal menjadi pemerintah yang baik.

"Kita akan membuat manifesto pilihan raya umum daripada cadangan yang menjadi harapan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

"Cadangan ini boleh dihantar kepada saya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), emel, Facebook atau Harakahdaily. Kita lakukan ini dengan harapan kita dapat tahu hasrat rakyat dan apa yang mereka mahukan dalam sesebuah kerajaan selepas pelbagai keadaan yang kurang di bawah BN," katanya yang merupakan pengerusi jawatankuasa manifesto pilihan raya PAS, dipetik dari laporan Malaysiainsider.

Beliau menambah cadangan-cadangan yang sesuai akan dimasukkan ke dalam manifesto sebagai penhargaan kepada rakyat.

Husam berkata cadangan itu dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan boleh di hantar pada bila-bila masa.

"Saya menjangkakan pilihan raya tidak akan diadakan dalam tempoh terdekat...ia boleh dihantar," katanya.

Pakatan Rakyat sebelum ini mengumumkan "Tawaran Jingga" iaitu tawaran manifesto Pakatan Rakyat yang menekankan dasar-dasar bersama tiga parti komponen.

Manifesto itu menggabungkan Rangka Kerja Bersama dan Buku Jingga Pakatan Rakyat, yang mengandungi janji parti perikatan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari selepas menawan Putrajaya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih merahsiakan tarikh pilihan raya umum ke-13 namun BN dan Pakatan Rakyat telah menggerakkan jentera masing-masing sebagai persediaan.
Mandat semasa kerajaan pusat hanya akan berakhir April 2013.

Kita yakin rakyat Malaysia amat berbesar hati dengan kesanggupan dan kesudian PAS mengambil cadangan dan idea rakyat dalam penghasilan manifesto ini. Umno yang kononnya mendahulu dan mengutamakan rakyat pun tidak berbuat demikain.

Kita yakin ramai rakyat akan memberikan pandangan untuk dimasukkan ke dalam manifesto PAS dan sudah pasti cadangan yang terbaik dan praktikal akan dimasukkan dalam manifesto tersebut.

Gambar di atas sekadar hiasan tetapi ianya adalah fakta sebenar SUMBER

No comments: