KUALA LUMPUR, 20 Dis – Perkasa menolak keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang semalam mengumumkan akan menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 atas alasan orang Melayu tidak akan keluar mengundi selain mendakwa ia bertujuan mengurangkan peratusan pengundi kalangan kaum itu kelak.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya yakin penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang.
Selain itu kata beliau, Perkasa percaya ramai pengundi Melayu tidak akan keluar mengundi jika penggunaan dakwat kekal diteruskan. - TMI.
N'N: Pengunaan Dakwat kekal menyaksikan kejatuhan rejim2 zalim dalam Pilihanraya, mungkin itu yang ditakuti PERKASA....Fatwa sudah ada,kos boleh dijimatkan,penipuan UNDI boleh dielakkan jadi apa sebenarnya alasan PERKASA menghalang penggunaan Dakwat kekal melainkan takut UMNO/BN kalah dalam PRU-13.
No comments:
Post a Comment