Wednesday, December 21, 2011

DUIT MASUK RM476.52 SEHARI, KERJA APA NI?

WASHINGTON, Amerika Syarikat - Seorang imigran dari Peru, Gustavo Carpio memperoleh pendapatan sebanyak AS$150 (RM476.52) sehari dalam musim panas kerana mengilat kasut di depan kafe Starbuck di Washington D.C. Dia juga boleh memperoleh pendapatan sebanyak AS$100 (RM317.68) sehari sepanjang musim sejuk. Carpio mengilat kasut di depan kedai Starbuck yang terletak beberapa blok bangunan dari White House.

Menurutnya, dalam tempoh dua tahun, pelanggannya meningkat dua kali ganda. Seorang ahli perbankan, Bruce Neal kerap duduk di bangku Carpio yang mengenakan bayaran AS$7 (RM22.23) untuk mengilat sepasang kasut dan AS$10 (RM31.76) bagi but. "Gus (Carpio) adalah yang terbaik (mengilat kasut)," kata Neal. - AFP



p/s: tak payah nak memilih kerja sangat..yang penting kerja itu HALAL

sumber:http://pezolstylez.blogspot.com

N'N: Daripada MENCURI ,RASUAH dan KORUPSI macam Pemimpin UMNO lebih baik jadi tukang kilat kasut...

2 comments:

Pakcu Rantau Panjang said...

Bila sumber rezki halal apa kerja pun boleh dibuat...pandangan manusia tidak sama dengan pandangan pencipta.
Kehinaan dan kemuliaan ...bukan milik manusia bila kita kembali nanti...walahualam

MOH KEMBARA said...

Salam Yob,

Spot on, Yob!