Ranking universiti: Kita masih belum bersedia, kata menteri
KUALA LUMPUR, 10 Okt — Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin menjelaskan universiti tempatan masih belum mampu bersaing untuk disenaraikan dalam kedudukan Times Higher Education (THE) sambil menegaskan tempoh yang agak lama diperlukan untuk tersenarai.
Jelas beliau, ini kerana universiti negara ini masih belum terlibat “lebih aktif” dalam bidang penyelidikan berimpak tinggi yang merupakan kriteria utama dalam THE dengan menambah banyak penyelidikan yang dilakukan masih baru dan belum matang untuk bersaing dengan universiti antarabangsa yang lain.
“Kenapa ada banyak rangking, sebab guna kriteria yang berbeza dan kalau sama kenapa perlu ada tiga kriteria ini, kalau THE kriteria utama adalah penyelidikan dan kita sejak 2007 telah menekankan bidang penyelidikan selain melibatkan wang yang banyak untuk penyelidikan berimpak tinggi.
“Ia akan mengambil masa antara tujuh hingga lapan tahun, kita fokus kepada penyelidikan dulu sebab itu universiti kita tidak masuk dalam senarai THE, lagipun kalau kita masuk sekarang kita tidak akan masuk dalam senarai 400 universiti terbaik sebab kita masih baru,” katanya pada sidang media selepas Majlis Anugerah Akademik Negara 2009 dan 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Menurut Khaled, penyelidikan berimpak tinggi negara memerlukan masa sehingga tujuh tahun untuk matang.
“Kalau mengikut universiti, enam hingga tujuh tahun baru akan matang, kita boleh buat penyelidikan yang murah tapi kita tidak akan masuk (dalam rangking THE), kita perlu buat penyelidikan berimpak tinggi.
“Kita juga sudah maklumkan kepada THE, enam hingga tujuh tahun dari sekarang lepas penyelidikan kita matang baru kita akan masuk,” katanya.
Pada 7 Oktober lalu, tiada universiti di Malaysia dilaporkan berjaya disenaraikan dalam majalah THE yang memuatkan nama 400 universiti terbaik di dunia.
Menurut ranking THE, sepuluh universiti terbaik di dunia diduduki oleh California Institute Technology, Harvard dan Stanford (2), Oxford (3), Princeton (5) Cambridge (6), Institut Teknologi Massachusetts (7), Imperial College London (8), Chicago (9) dan Berkeley (10).
Bagi jiran serantau, enam universiti di Hong Kong dan dua dari Singapura berjaya disenaraikan. Universiti Mahidol di Thailand juga berjaya disenaraikan tetapi dalam kategori 351 hingga 400.TMI
N'N:Kenapa macam tu sekali tahap Universiti di Malaysia....
No comments:
Post a Comment