Tuesday, October 18, 2011

Kolej Islam Pahang Sultan Hj.Ahmad Shah (KIPSAS) Di Sekat UMNO Untuk Dengar Ceramah Ust Azhar Idrus?



Pelajar Kecewa Pengurusan Kolej Batal Kebenaran Bas Untuk Ke Kuliah Ustaz Azhar Idrus Malam Tadi

KUANTAN, 18 Okt - Para pelajar Kolej Islam Pahang Sultan Hj.Ahmad Shah (KIPSAS) dekat sini kecewa dengan kerenah birokrasi pihak pentadbiran hingga menyebabkan mereka gagal untuk mengikuti Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Taman Cenderawasih malam tadi.

Menurut seorang pelajar yang enggan namanya disiarkan berkata, mereka tidak sangka pihak kolej menarik balik kebenaran untuk para pelajar ke majlis ilmu itu.

"Ustaz Azhar Idrus adalah tokoh pendakwah tersohor yang amat terkenal di seluruh negara. Maka sudah semestinya kehadiran beliau ke Kuantan tidak akan dilepaskan oleh kami semua.

Urusan bas telah diputuskan pada Jumaat dan semuanya berjalan lancar. Lantaran itu kami membuat iklan kepada mana-mana pelajar yang ingin turut serta supaya mendaftar nama. Tapi, kami sungguh kecewa bila bas yang ditunggu tidak kunjung tiba.

Kami telah ditipu oleh pihak kolej dengan alasan kuliah itu ceramah politik", kata beliau. Difahamkan, pada Jumaat permohonan untuk menggunakan bas kolej telah diluluskan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan bas diuruskan oleh pegawai di Bahagian Kewangan. Anehnya tiba-tiba ia dibatalkan secara tiba-tiba.

"Bila kami jumpa bahagian HEP. mereka kata Naib Presiden kolej tak benarkan dan macam-macam lagi alasan yang diberikan", katanya lagi.

N'N:Nampaknya UMNO dah takut dengan pengaruh dan aura Ustaz Azhar idrus yang Pro PAS dalam menegakkan Daulah islamiyah. Politik sempit UMNO memisahkan Agama & POlitik.......

Sumber

No comments: