1) Pemimpin Umno yang bekerja dengan British
2) Pejuang-pejuang rakyat seperti Ahmad Boestamam, Pak Sako, Ibrahim Yaakub dll
3) Tokoh agama seperti Tok Ku Paloh, Haji Abdul Rahman Limbung, Tok Janggut, Abu Bakar Al Baqir, Burhanuddin Helmi dll
4) Pahlawan Melayu Tok Bahaman, Mat Kilau, Mat Salleh dll
Buku-buku sejarah di negara kita mendewa-dewakan bahawa pejuang kemerdekaan hanyalah pemimpin-pemimpin Umno sahaja. Merekalah yang dilaung-laungkan sebagai pejuang sebenar kemerdekaan. Benarkah perkara itu atau Inggeris dan pemerintah sekarang menyembunyikan fakta?
N'N: NO 2,3, & 4 adalah pejuang kemerdekaan yang sejati kerana mereka menentang penjajah dan tidak bersekongkol dengan penjajah British. Beranikah UMNO nafikan mereka semua pejuang kemerdekaan?
5 comments:
Tak boleh tuduh Tunku bekerja untuk British. Tunku pun berjuang mencari kemerdekaan dgn cara rundingan bukan dgn cara angkat senjata. Cara Tunku adalah cara bijaksana walaupun tidak dapat dinafikan British terdesak memberi kemerdekaan kerana tak tahan dengan perjuangan bersenjata oleh kumpulan Melayu lain yg bukan UMNO. British terpaksa menyelamatkan airmuka dari mengaku kalah dlm perang bersenjata dgb memberi kemerdekaan secara rundingan. Kalau tiada cara rundingan, mungkin Tanah Melayu lambat lagi merdekanya. Perlu diingat org melayu tidak mendapat bantuan dr kuasa besar lain seperti US atau Soviet, hanya bantuan dari komunis. Lebih baik selamatkan diri dari terima bantuan komunis. Allah masih sygkan org muslim melayu.
Salam,
Saya faham anda seorang yang bersangka baik, tapi tindakan UMNO yang menafikan perjuangan para Ulama' dan Rejimen ke-10 adalah tindakan yang mementingkan diri sendiri. UMNO seolah-olah mendabik dada bahawa hanya mereka sahaja yang memperjuangkan kemerdekaan. Lihat sahajalah pada sambutan kemerdekaan tokoh yang diangkat sebagai pejuang hanya tokoh UMNO sehingga pernah ditegur oleh pemangku Sultan Perak bahawa peranan Ulama' seolah-olah dilupakan.
Tahukah anda bahawa pejuang-pejuang kemerdekaan ialah pejuang yang menuntut pembebasan mutlak Tanah Melayu daripada tangan penjajah British mahupun Jepun. Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan Ust Abu Bakar Al-Bakir terpaksa meringkuk di dalam penjara kerana arahan pihak British.
Dalam banyak-banyak pegerakan memperjuangkan kemerdekaan mengapa hanya UMNO shj yang diiktiraf oleh British manakala yang lainnya diharamkan British dan ahlinya dipenjarakan?.
ya....saya setuju dgn Naim Nikmat...itu yg menjadi persoalan skrg...
Saya tak pernah mendengar UMNO menyatakan bahawa Ulama tidak berjuang untuk kemerdekaan. Dalam buku-buku sejarah yang tersebar luas, jelas UMNO tidak menolak peranan Ulamak dalam perjuangan menuntut kemerdekan. Malah dalam UMNO, peranan Ulamak sangat besar dalam membentuk sistem pendidikan selepas kemerdekaan. UMNO hanya mahu peranannnya sebagai pihak yang berjaya mendapatkan kemerdekaan diakui. Itu pun salah ? mahukah anda kalau orang kata bahawa anda menafikan peranan UMNO dalam menuntut kemerdekaan ?
"Saya adalah penyokong kuat UMNO yang pernah berada di mukim Lenga, Johor.
Di Johor kalau seseorang itu kuat UMNO ia akan dipanggil UMNO totok. Jadi, saya ini adalah salah seorang UMNO totok.
Tetapi sejak akhir-akhir ini kepincangan dalam UMNO tlh membuatkan saya merasa amat benci terhadap UMNO.
Ini kerana UMNO tlh bnyk memesongkan fakta sejarah negara dan juga mengamalkan kuropsi dlm peristiwa Bukit Kepong ini adanya betul pendapat YB Mat Sabu yang menyatakan Mat Indera adalah hero sebenar Tanah Melayu pada waktu itu.
Ini kerana dia ingin membebaskan negara ini daripada pemerintahan British. Pada waktu itu bukan ada lagi Polis Di Raja Malaysia, tetapi diwujudkan Polis British E II R.
Nahhh!!! Siapa yg betul sedangkan filem Bukit Kepong arahan Dato' Jins Shamsudin juga telah diputar belitkan oleh UMNO dan PDRM.
Post a Comment