Thursday, August 11, 2011

APA YANG PATUT ANDA TAHU TENTANG SEJARAH BAGAIMANA BERMULANYA RUSUHAN DI LONDON.

SERANG...rakaman dalam Youtube menunjukkan Asyraf disamun selepas diserang di London.
Rakyat kita turut menjadi mangsa keganasan pihak yang tidak bertanggungjawab.

History Of London Riot 2011

Baru -baru ini kita dikejutkan oleh rusuhan yang berlaku di Tottenham, London. Rusuhan berpunca dari satu adegan tembak menembak. Di mana semasa adegan tersebut Mark Duggan berumur 29 tahun telah ditembak mati oleh polis pada hari Khamis minggu lepas. Polis telah mengenalpasti beliau sebagai gangster di kawasan tersebut dan telah melawan polis hingga beliau mati ditembak.

Pada hari Sabtu yang lalu, seramai 50 ahli keluarga dan rakan-rakan Mark Duggan telah membuat tunjuk perasaan kecil di hadapan balai polis Tottenham.

Pada masa yang sama beberapa pemuda yang memakai penutup kepala atau ayat popular "hoodies" telah mengambil kesempatan dengan mencaci polis. Mereka telah membakar 2 kereta peronda polis, membaling polis dengan botol, pecahkan tingkap kedai dan mencuri pelbagai telefon bimbit, kamera dan pakaian.

Dan kejadian ini secara tiba-tiba menjadi wabak dan berjangkit keseluruhan bandar. Sebenarnya kematian Mark Duggan bukan lah isu yang utama tetapi ia adalah pemangkin atau pemrcik api kepada keseluruhan penduduk Tottenham.

Sebenarnya ia adalah luahan perasaan golongan muda di Britain terutama di Tottenham merupakan salah satu kawasan termiskin di Britain. Dan Britain bukan sekali mengalami rusuhan dalam lipatan sejarah mereka. Rusuhan terbaru ialah pada tahun 1985 yang juga berlaku di Tottenham.

Manusia apabila mengalami kesempitan hidup maka ia akan membuat apa sahaja untuk survive. Pada masa yang sama jika apa-apa berlaku pada mereka, tiada apa yang rugi kepada mereka atau negara. Kerana mereka tidak mempunyai apa-apa untuk dipertahankan.

Jadikanlah ini sebagai satu pengajaran kepada kita. Jika ruang kemiskinan dan kekayaan terlalu tinggi maka keadilan untuk rakyat akan terabai. Jika ekonomi tidak dijaga, pekerjaan pun tiada dan rakyat akan tertekan. Jika politik terlalu di utamakan berbanding rakyat, maka apa yang berlaku di London akan berlaku di Malaysia...

The Sad Truth Behind London Riot

N'N:Tolong bezakan perhimpunan Bersih adalah Demonstrasi dan apa yang berlaku di London ialah "rusuhan". Perhimpunan Bersih menuntut Pilihanraya yang adil & Bersih.

No comments: