Sunday, July 17, 2011

Rancangan Realiti TV Paling Bodoh Sudah Muncul, Semua Peserta Dikehendaki Berbogel Dan Tinggal Sebumbung Selama Sebulan.


LAND O'LAKES - Sebuah program realiti televisyen di Amerika Syarikat (AS) yang menjalani penggambaran di resort bogel Caliente, Pasco, memperkenalkan para peserta siri itu buat kali pertama, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Program itu, The Nak'd Truth menampilkan lapan orang peserta yang akan tinggal sebumbung tanpa memakai pakaian selama sebulan.

Mereka juga akan berkerja di resort itu yang terletak di negeri Florida.

Sebahagian peserta The Nak'd Truth itu yang terdiri daripada warga tempatan berkata, mereka teruja dapat menyertai program realiti tersebut.

Namun, tidak semua peserta memaklumkan kepada keluarga dan rakan-rakan mengenai penyertaan mereka.

"Sebenarnya, saya pun masih belum memberitahu sesiapa," kata seorang peserta lelaki, Wayd Dionne, 23.

"Cuma ibu saya yang tahu mengenai penglibatan saya dalam siri realiti ini dan dia menyatakan sokongannya kepada saya," tambahnya.

Sementara itu, para penerbit program realiti itu memberitahu, mereka akan mengaburkan bahagian sulit peserta selain menggunakan sudut kreatif kamera bagi mengelak kontroversi sepanjang siri itu ditayangkan. - Agensi

Sumber

N'N:Orang dah pergi ke bulan tapi korang masih nak berbogel macam Orang Hutan.......

1 comment:

Johor Born said...

Memang benar la dunia dah tua, nyanyuk. mula lahirnya manusia sebagai bayi yg tidak punya malu bila sudah tua nyanyuk kembali kepada zaman bayi.