Friday, June 17, 2011

Kisah Benar: Manusia Ini Didesak Anak Toyo Supaya Menipu...

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2010/december/06/sam-dec6.jpg

Mohamad Khir Bin Toyo desak saya beri keterangan palsu

Bekas MB janji saya tak akan dakwa: Shamsuddin

SHAH ALAM: Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni memberitahu Mahkamah Tinggi semalam, beliau memberikan keterangan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2009 kerana menerima desakan daripada bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo.
Shamsuddin, 55, berkata selepas dipanggil SPRM, beliau menerima banyak desakan daripada Dr Mohamad Khir untuk tidak bercakap perkara yang membabitkan wakil rakyat itu dalam pendakwaan.
“Datuk Seri (Dr Mohamad Khir) kerap kali berjanji dia akan mengawal kes itu dan tidak akan berlaku pendakwaan terhadap saya dan dia. Jadi saya rasa yakin ketika beri keterangan kepada SPRM kerana saya beri keterangan sebagai saksi saja,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pada satu hari SPRM datang menemuinya dengan membawa surat pendakwaan terhadapnya.

“Ketika itu, Datuk Seri (Dr Mohamad Khir) masih cakap pada saya: ‘Don’t worry Shamsuddin we can solve it (Jangan risau Shamsuddin kita boleh selesaikan’). Sebagai orang biasa dan saksi, saya tak dapat menerimanya.

“Bukan saya nak mengaibkan sesiapa di sini, saya tak faham mengapa saya dituduh di mahkamah, ketika itu saya ada berbincang dengan keluarga dan berjumpa peguam serta memaklumkan apa sebenarnya berlaku,” katanya.
Peguam Dr Mohamad Khir, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin membantah keterangan Shamsuddin itu kerana ia tidak berkaitan dengan soalan dikemukakan ketika pemeriksaan balas oleh pihak pembelaan.

Hakim Datuk Mohtarudin Baki menolak bantahan itu kerana keterangan itu adalah relevan dengan kes berkenaan.

Kelmarin, ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamed, Shamsuddin mengakui memberi keterangan semula pada 7 Jun lalu, iaitu sehari selepas dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dengan Dr Mohamad Khir berhubung pemilikan dua lot tanah dan banglo di Seksyen 7, itu.

Katanya, dalam kenyataannya kepada SPRM pada 2009, beliau disuruh menyatakan jual hartanah itu bertujuan mengurangkan kerugiannya.

Dr Mohamad Khir, 46, didakwa memperoleh dua lot tanah dan rumah di nombor 8 dan 10, Jalan Suasa 7/1L bagi diri dan isterinya, Zahrah, 46. Ia diperoleh daripada Shamsuddin, yang mempunyai hubungan dengan tugas rasminya.

Hartanah itu dibeli Dr Mohamad Khir pada harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta. BH

No comments: