Friday, June 3, 2011

Gadis Ini Menipu Ada Kanser Untuk Tagih Simpati dan Dapatkan Perhatian..




Kanser ialah penyakit yang menakutkan. Kalau anda berjaya mengesan sel kenser pada tahap awal dan membuanya sekalipun, masih ada keberangkalian kenser tersebut muncul semula di organ lain di tubuh anda.

Tetapi bagi Ashley Kirilow (23) seorang pelajar dari Toronto, Kanada - kanser ialah penyakit yang boleh digunakan bagi menipu orang ramai. Ashley berlakon mengidap kanser. Bagi menipu orang ramai beliau sanggup;

1.mencukur rambut sehingga botak
2.memcabut bulu kening
3.mencabut bulu mata!


Ini adalah untuk memberikan ilusi yang beliau sedang menjalani kemoterapi. Melalui badan amal "Change for the Cure" ciptaan beliau, CND 20 000 telah berjaya disonglap dan dienjoice oleh Ashley. Ashley mendapat idea untuk menggunakan kanser sebagai cara menipu setelah menjalani pembedahan membuang tumor pada buah dada beliau pada tahun 2008. Tumor ini hanya bonjolan biasa dan bukannya tumor kanser. Selepas pembedahan Ashley mengaku "kansernya" sudah merebak ke otak keseluruhan buah dadanya.



Penipuan Ashley terbongkar apabila bapanya mememberitahu orang ramai yang anaknya hanya berlakon untuk mendapatkan simpati. Ibu bapa Ashley bercerai ketika Ashley masih kecil, menurut bapa beliau Ashley memang pandai menipu semata-mata untuk mendapatkan perhatian!

Ashley kini sudah ditahan polis Toronto atas kesalahan menipu. Jika sabit kesalahan beliau boleh dipenjara sehingga 2 tahun maksimum.

Sumber:blogserius

No comments: