Tuesday, January 4, 2011

Utusan Tidak Perlu Perbodohkn Rakyat,Benarkah Sultan Masih ada Kuasa Eksekutif Untuk Menerima atau Menolak Khusrin Sebagai Setiausaha Kerajaan

Tan Sri Khalid berkata kuasa yang ada pada istana bersabit pelantikan jawatan-jawatan kanan itu ditarik balik oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional pada tahun 1993, ketika krisis Perlembagaan.

Langkah itu diambil selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berpendapat baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan yang dilantik terus oleh Putrajaya tanpa merujuk kepada kerajaan negeri.

Tapi Utusan Meloya pula telah menyiar berita yang sebaliknya...

Sultan ada kuasa eksekutif

SHAH ALAM 3 Jan. – Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menegaskan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tetap mempunyai kuasa eksekutif bagi memperkenankan sebarang pelantikan pegawai kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang dilakukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Justeru beliau menjelaskan, kenyataan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh suruhanjaya berkenaan adalah dikeluarkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

‘‘Itu tidak tahulah tetapi semasa perjumpaan Menteri Besar ketika menghadap Tuanku hari ini, beliau ada menerangkan kepada baginda bahawa kuasa tersebut telah dipinda, iaitu Tuanku tiada mempunyai kuasa memerintah membuat pelantikan yang kini dilakukan oleh SPA.

‘‘Bagaimanapun, baginda sebagai Ketua Esksekutif Negeri tetap mempunyai kuasa eksekutif dan sebarang pelantikan perlu mendapat perkenan Tuanku.

‘‘Menteri Besar pula berperanan menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang telah diturunkan oleh baginda kepada beliau,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid hari ini yang menyebut Sultan Selangor telah berpandangan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA.

Ini kerana katanya, kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa Persekutuan.

Kenyataan itu menyebut, Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik.

Utusan Malaysia difahamkan, baginda murka dan berkecil hati ekoran sikap pentadbiran Abdul Khalid yang mempertikaikan dan enggan menerima pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai SUK yang telah diperkenankan oleh baginda.

Menurut Mohamad Munir, semasa perjumpaan Sultan Selangor dengan Menteri Besar hari ini, baginda ada bertanya mengapa kerajaan negeri tidak mahu menerima pelantikan Mohammed Khusrin sebagai SUK.

‘‘Tuanku ada bertanya, mengapa tidak suka Khusrin, adakah dia ada melawan tetapi Menteri Besar tidak kata apa-apa,” katanya.

Sumber:UM

No comments: