Wednesday, August 29, 2012

Fakta Sejarah Yang Dipadam Daripada Buku Sejarah Kita : 'Ulama' Adalah Perjuang Kemerdekaan'.

8427507.jpg (336×404)

Tok Janggut (gambar) antara Ulamak yang ditangkap dan diseksa sehingga syahid....




Dr.Burhanuddin Al-Helmy (gambar) meninggal dunia pada tanggal 10 Oktober 1969 akibat penyakit lelah dan juga kesan seksaan yang beliau terima semasa dalam tahanan ISA.

Umno pejuang kemerdekaan Tanah Melayu dan bangsa Melayu yang membebaskan orang Melayu daripada cengkaman penjajah, fahaman ini seolah-olah sudah terpahat diminda orang Melayu sejak merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957. Orang Melayu menganggap seolah-olah hanya UMNO dan pemimpinnya sahaja yang memperjuangkan kebebasan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah.

Buktinya setiap kali sambutan kemerdekaan Negara disambut kita dapat lihat hanya tokoh-tokoh daripada kalangan pemimpin UMNO yang diangkat dan dijulang sebagai Wira Kemerdekaan. Nama mereka disanjung, cerita mengenai perjuangan mereka didokumentarikan dan gambar-gambar mereka dicetak diakhbar-akhbar semperna sambutan hari Kemerdekaan.

Namun sedar atau tidak kebanyakan daripada kita pasti terkejut pada realiti sebenarnya yang tidak pernah didendangkan mahupun diperkatakan dan dilihat seakan-akan sengaja dilupakan oleh UMNO.

Siapa sebenarnya pejuang Kemerdekaan? Siapa sebenarnya yang berkorban jiwa dan raga demi Kemerdekaan? Siapa yang ditangkap dan diseksa oleh penjajah kerana memperjuangkan Kemerdekaan?

Pernah anda dengar mana-mana pemimpin UMNO yang pernah ditangkap kemudian diseksa oleh penjajah?

Jadi siapa yang saya maksudkan "Pejuang Sebenar Kemerdekaan"?

Ingin saya tegaskan disini bahawasanya golongan ulama'lah yang telah memainkan peranan yang sangat penting dalam perjuangan untuk membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah.

Kenyataan ini seolah-olah dipandang sepi oleh kita. Kerana kita generasi yang baru ini telah dicanangkan sejak daripada bangku sekolah lagi bahwa perjuang Kemerdekaan adalah daripada kalangan Pemimpin UMNO.

Namun kita lupa bahwa sejak daripada mula lagi Ulama'lah sebenarnya yang telah memainkan peranan yang sangat penting dalam pegerakan-pegerakan pembebaskan Tanah Melayu dari cengkaman penjajah dan perjuangan untuk memartabatkan kalimah ALLAH di Tanah Melayu.

Bermula dengan kemunculan tokoh-tokoh reformis Islam lulusan Mekah dan Mesir yang mendapat pengaruh daripada insan yang sepatutnya mendapat gelaran Bapa Kemerdekaan Tanah Melayu iaitu Sheikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain @ Zainal Abidin bin Wan Mustafa Al- Fathani atau lebih dikenali sebagai Sheikh Ahmad Al-Fathani.

Beliau lahir pada 10 April 1856 (5 Sya’aban 1272) di Kampung Sena Janjar, Jambu,Negeri Jerim,Pattani dan wafat pada 14 Jan 1908.Perjuangannya membebaskan Tanah Melayu pada mulanya berpusat di kota Mekah. Disana beliau mengumpul pelajar-pelajar melayu yang berlajar di Timur Tengah khususnya Mesir dan kemudian memperkenalkan mereka kepada tokoh Ulama dan reformis Islam iaitu Sheikh Muhammad Abduh murid kepada Sayid Jamaluddin Al-Afghani yang membawa konsep 'Pan Islamic' yakni islam secara global.

Pencetusan gerakan Islah oleh Syed Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh (muridnya) pada 1882 telah mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah Melayu. Golongan pelajar di Tanah Melayu yang mendapat pendidikan di Timur Tengah, khususnya di Mesir telah membangkitkan semangat kebangsaan. Mereka yang menuntut di Universiti al-Azhar telah terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang dibawa oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh.

Sekembalinya mereka ke tanah air, mereka telah memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda.Kemudian lahirlah pejuang-pejuang kemerdekaan yang berjuang dan ada antaranya syahid semata-mata untuk perjuangan Islam,bangsa dan tanah air.

Antara nama-nama yang turut berjuang ialah Muhammad Yusuf Ahmad
(Tok Kenali), Haji Hassan Munas (Tok Janggut), Dr Bahanuddin Al-Helmy dan ramai lagi sehingga tidak mampu saya nyatakan kerana terlalu ramai Ulamak yang turut berjuang demi Agama dan Tanah Air.

Penubuhan Parti Islam Semalaysia(PAS) juga adalah lanjutan perjuangan menegakkan syiar Islam pada era kemerdekaan. PAS tertubuh kerana golongan Ulamak yang ketika itu berpendapat bahawa UMNO telah lari daripada prinsip mereka yakni 'Amal maaruf dan Nahi mungkar' ini berikutan sikap pemimpin UMNO yang berfikiran sekular dengan memisahkan prinsip pemeritahan daripada prinsip Islam yakni Al-Quran dan As-Sunnah.

Walaupun PAS menentang keras dasar sekular UMNO tapi mereka masih menganggap PAS sebagai sayap mereka,tapi kebenarannya ialah prinsip perjuangan PAS adalah berbeza kerana PAS berpegang teguh pada prinsip pemerintahan berteraskan 'Al-Quran dan AS-Sunnah' dan ini sesungguhnya amat bercanggah dengan prinsip sekular yang diterapkan oleh pemimpin UMNO pada ketika itu dan keadaannya tidak banyak berbeza sekarang . Jika dulu ada 'Loteri Rakyat' kini 'Judi' dihalalkan bahkan ada pula pemimpin UMNO yang mempunyai saham dalam syarikat Judi dan Arak.

Tapi adalah amatlah malang apabila perjuangan para Ulama' yang bermati-matian itu, secara tiba-tiba sahaja agenda perjuangan itu dirampas oleh UMNO yang hanya mula bercakap soal kemerdekaan pada tahun 1951.

Anak didik British ini memperoleh manfaat dan dikenang sebagai perjuang ulung kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka meminggirkan bahkan melupakan perjuangan para Ulama'.

Sejarah hanya tertulis bahawasanya hanya UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan seperti yang sudah terpahat difikirkan kita. Berfikirlah sejenak siapakah yang sebenarnya bermati-matian menumpahkan darah demi Malaysia dan Islam, Ulama' atau UMNO?

N'N:Sama-samalah kita sebarkan maklumat ini pada generasi kita......Dan jangan sesekali kita menafikan perjuangan mana-mana perjuang Kemerdekaan yang melawan penjajah meskipun mereka dilabel sebagai Golongan Kiri atau Komunis........

4 comments:

Unknown said...

Salam,sebenarnya kalau tengok sejarah.ulamak lah sebenarnya bertungkus lumus menyedarkan masyarakat dan berusaha membebaskan tanah melayu dari penjajahan british.
perang dunia kedua dikatakan juga sebagai perang salib kedua dimana pihak kristian dengan mggunakan kuasa raja England cuma menyebarkan kristian melalui penjajahan.
Bahkan merekalah yang meruntuhkan halifah Islam terakhir di turki.

menyedari perkara itu ulamak2 seluruh dunia termasuk ulamak malaysia ,di Kelantan Tok Janggut mempertahankan Tanah air kita dari penjajahan kristian britain atas landasan agama.

tapi british bijak apabila membuat perjanjian dan menyerahkan kemerdekaan kepada Umno yang dikenali sebagai anak didik british dengan syarat melaksanakan dasar pemerintahan dan undang2 mengikut acuan mereka.

Anonymous said...

British tahu..depa dah TAK LAKU lagi untuk berkuasa di Tanah Melayu..namun LADANG GETAH dan LOMBONG BIJIH TIMAH British mesti diSELAMATkan...jalan yang ada hanyalah SERAH KUASA pada MELAYU sama macam jenis British juga..iaitu UMNO dan UNDANG2 British MESTI diteruskan walaupun..mulut meLAYU menjerit jerit MERDEKA...

bunbinban said...

Ini yg umno uar-uarkan, mendapat kemerdekaan tanpa pertumpahan darah!. mmg benar bagi pihak umno sbb mereka tidak turun berjuang menahan tubuh dr bedilan pihak penjajah, malahan mereka bersama-sama menghadapi hidangan mkn malam bersama 'tuan' mereka di kala para nasionalis unggul dan pejuang2 tulen kemerdekaan bergadai nyawa menghalau british.

Anonymous said...

Bangsat umno...aku rela shahid demi.islam