Tuesday, April 6, 2010

HULU SELANGOR : PELUANG BLOGGER MENGISI KEKOSONGAN

Secara resminya Suruhanjaya Pilihanraya sudahpun menetapkan 17hb. April sebagai tarikh Penamaan Calon bagi mengisi kekosongan Kerusi Parlimen Hulu Selangor dan jika ada pertandingan Hari Mengundi ialah pada 25hb. April, 2010.

Mengikut perkhabarannya Barisan Nasional akan hanya mengumumkan Nama Calon mereka pada 15hb. iaitu dua hari sebelum tarikh penamaan. Dalam erti kata lain Calon tersebut sebenarnya sudahpun dikenalpasti. Dengan cara begini Parti-Parti komponen lain yang mengharapkan calon mereka dipilih tidak mampu melakukan apa-apa lagi kerana kesuntukan masa. Berdasar kepada Status quo , calon Barisan Nasional tentunya dari Parti MIC dan ini merupakan satu risiko yang terpaksa BN hadapi.

Parti Keadilan Rakyat juga tidak memiliki banyak pilihan. Jika calon dari kaum India dipilih untuk mengimbangi BN besar kemungkinan pengundi-pengundi melayu yang menyokong memenangkan Dato Zainal Abidin dulu akan tawar hati. Dan lagi seperti yang dilapurkan dalam Akhbar Parti MIC sangat yakin 12,000 Pengundi dari kaum India akan mengundi calun mereka. Mahu tidak mahu seorang calun Melayu jugalah yang akan mewakili Pakatan Rakyat dalam pertarungan yang dijangka sengit ini.

Pucuk pimpinan PKR dilihat dalam dilemma untuk memilih “winnanble candidate”. Jika seperti lazimnya orang-orang yang pernah bersama Anwar dalam UMNO dulu atau rakan-rakan semasa di MCKK dipilih tidak mungkinkah mereka ini juga akan mengikut jejak rakan-rakan yang telah membebaskan diri itu? Walau bagaimanapun masih ada orang yang baik dalam Pimpinan PKR. Untuk memilih seorang yang berpendidikan, berintegriti dan mempunyai latarbelakang ugama tidak keterlaluan saya katakan Calon tersebut ialah Sdra Mustafa Kamil Ayob. Selain dari memiliki ciri-ciri yang disebutkan beliau juga merupakan salah seorang Naib Presiden Parti. Dikalangan ketiga-tiga Naib Presiden PKR beliau sahaja yang tidak bergelar YB. Lain-lain alternatif seperti meletakkan ahli Parti PAS sebagai calun akan lebih merumitkan keadaan.

Melihat kepada senario ini, saorang calon dari pihak ketiga ” 3rd choice “ boleh melakukan kejutan dan memintas kedua-dua calun diatas. Dan peluang ini terbuka luas kepada para Blogger. Kepada Blogger yang laman blog mereka mencapai hit beribu-ribu sehari perkara menyertai saingan di Hulu Selangor ini adalah ibarat ” orang mengantuk disorong bantal “. Memandangkan usaha ini merupakan satu Trend Setter sudah tentulah para blogger akan bersatu dalam menjayakan kempen sama ada lawatan rumah kerumah mahupun dialam maya. Sebelum ini ramai yang mendakwa kejayaan Pakatan Rakyat didalam beberapa Pilihanraya Kecil adalah dari bantuan para Blogger. Sudah sampai masanya para Blogger sendiri mewakili rakyat diParlimen. Kalau rata-rata orang berkata Malaysia Boleh maka tidak mustahil Blogger juga Boleh.

Sumber

5 comments:

Unknown said...

Saya cadangkan Naim jadi calon.
Undilah naimNikmat.

Na'im Nikmat said...

He he..Saya pula cadangkan Ijoks sebagai calon.Undilah Ijoks untuk sama2 kita membangun bersama Islam..Takbir!!!

Unknown said...

Saya jd calon,oh tidak nanti tak pasal-pasal kena tuduhan lee wat you
hahaha

budakbalun said...

ehem2 ehem.. ni yang blogger duk kat hulu selangor ni takkan nak tengok saje?? hahahaha

Na'im Nikmat said...

Betul tu Ijoks jom kita UNDI Sunsnake@Budak Balun..Takbir!!!