Tuesday, March 16, 2010

Tuanku Mizan Tegur Siapa Sebenarnya???

Tuanku Mizan tegur media baru.

YANG di-Pertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Nur Zahirah diiringi Najib Tun Razak, Rosmah Mansor, Muhyiddin Yassin dan isteri, Norainee Abd. Rahman berangkat keluar selepas merasmikan Persidangan Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 di Dewan Rakyat, semalam.

KUALA LUMPUR 15 Mac – Yang di-Pertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin meminta pihak berkuasa agar mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebarkan fitnah, pembohongan dan memutar belit fakta terutamanya media baru.

Seri Paduka bertitah, semua pihak yang terlibat perlu sedar bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu tidak diterima oleh mana-mana agama dan perlu dihentikan segera.

Tuanku Mizan mengakui kebebasan bersuara merupakan antara ciri masyarakat yang demokratik dan matang tetapi ia bukannya satu alasan untuk memburuk-burukkan pihak lain sehingga mencetuskan api perbalahan dan sentimen perkauman.

“Beta amat dukacita kerana ada pihak-pihak di dalam dan luar negara mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh sehingga menggadaikan ketenteraman awam dan maruah negara.

“Beta menyeru semua pihak supaya mengambil iktibar daripada titik hitam dalam sejarah negara dan mengelak daripada mencetuskan isu-isu sensitif yang boleh menggugat ketenteraman awam dan keharmonian hidup rakyat,” titah Seri Paduka.

Yang di-Pertuan Agong bertitah demikian ketika merasmikan sidang Penggal Ketiga Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Tuanku Mizan mengingatkan bahawa perpaduan dan saling menghormati antara kaum dan agama yang menjadi tunjang kekuatan negara mesti dipelihara dan dikekalkan bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang mesra, aman dan bertoleransi.

“Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di samping agama-agama lain bebas untuk diamalkan hendaklah dihormati.

“Beta menyeru semua pemimpin agama supaya memupuk rasa tanggungjawab untuk memelihara keharmonian beragama di kalangan penganut agama masing-masing,” titah baginda.

Dalam pada itu, Seri Paduka turut menegur segelintir ahli Parlimen kerana mempamerkan tingkah laku dan tutur kata yang tidak mencerminkan keperibadian sebenar sebagai wakil rakyat.

Sambil mengingatkan bahawa segala perbuatan dan tindakan wakil rakyat sentiasa diperhatikan oleh rakyat, Tuanku Mizan mahu mereka berhujah dengan bernas dan tidak membangkitkan perkara remeh-temeh yang boleh menjejaskan maruah sendiri dan kemuliaan dewan.

“Sejak dua penggal berturut-turut sebelum ini, beta telah mengingatkan Ahli-Ahli Yang Berhormat supaya menunjukkan sifat dan perilaku terpuji dalam Dewan yang mulia ini.

“Beta dukacita masih terdapat Ahli-Ahli Yang Berhormat mempamerkan tingkah laku dan tutur kata yang tidak mencerminkan keperibadian sebagai wakil rakyat,” titah Seri Paduka.

Sumber

N'N:Jelaslah dan kita semua sedia maklum pihak yang kuat memainkan sentimen agama dan perkauman ialah UMNO/BN menerusi akhbar2 dan Blog2 barua mereka.Kita juga sudah jelas pihak UMNO/BNlah yang acap kali menyebarkan fitnah, pembohongan dan memutar belitkan fakta-fakta pemimpin Pakatan Rakyat.

No comments: