Wednesday, March 17, 2010

5 Ditahan Kes Tembak Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak.

TELUK INTAN: Dua remaja bawah umur adalah antara lima suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong Pas Perak, P Panthiyan @ Siva, 34, di Jalan Chui Chak, Langkap, kelmarin.

Mereka yang berumur antara 16 dan 20 tahun ditahan polis Cawangan Jenayah Berat Ibu Pejabat Polis (IPD) Hilir Perak selepas melancarkan gerakan memburu suspek sebaik kejadian itu berlaku jam 3 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata semua mereka ditahan antara jam 3.30 petang hingga 7 malam di beberapa tempat di Langkap. Beliau berkata, dua daripada suspek yang ditahan beralamat di Taman Desa Maju Perak, dua lagi suspek beralamat di Taman Desa Jaya, Langkap dan seorang lagi beralamat di Puchong, Selangor.

“Mereka kini direman selama tujuh hari bermula semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya di sini, semalam.

Dalam kejadian 3 petang kelmarin, mangsa yang juga Ketua Kelab Penyokong Pas Pasir Salak mati selepas ditembak dari jarak dekat oleh seorang suspek dalam premis mencuci kereta miliknya di Jalan Chui Chak, Langkap.

Dalam kejadian yang turut disaksikan tiga ahli keluarganya itu, mangsa mati di atas sofa di premisnya apabila satu daripada dua das tembakan mengenai kepala mangsa.

Sumber

No comments: