Friday, February 19, 2010

Wahai UMNO P.Pinang Dan Sekalian UMNO Ketahuilah Bahwasanya Lim Guan Eng Lebih Membela Melayu&Islam Daripada Pemimpin UMNO Sendiri!!!!

http://3.bp.blogspot.com/_gT_Hq1mwiGk/SNC4qxXNyAI/AAAAAAAAAbk/AOf2QIBYV8Y/s400/Tok+guru+Lm.bmp


Lim Guan Eng Menjadi Pembela Gadis Bawah Umur Melayu Yang Dirogol.

Perbicaraan Lim Guan Eng, 1997 adalah perbicaraan mengenai kes rogol gadis bawah umur oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Lim Guan Eng merupakan ahli politik pembangkang di Malaysia serta Setiausaha Agung bagi Parti Tindakan Demokratik (DAP). Sebaliknya, Tan Sri dikatakan merogol seorang murid sekolah berumur 15 tahun. Disebabkan tuduhan ini serta tuduhan-tuduhan rasuah, beliau terpaksa meletakkan jawatannya walaupun beliau tidak dituduh secara rasmi bagi kes rogol dan tuduhan-tuduhan rasuah telah digugurkan.

Dalam perbicaraannya, murid itu telah memberi bukti bahawa dia melakukan hubungan seks dengan menteri tersebut. Di bawah undang-undang Malaysia yang berdasarkan undang-undang British, hubungan seks dengan gadis bawah umur dianggapi sebagai rogol tanpa mengira adakah gadis itu bersetuju dengan perlakuan atau tidak. Murid perempuan itu kemudian dihukum tiga tahun jagaan perlindungan di pusat pemulihan.

Lim mengemukakan anomali-anomali kes tersebut selepas penjaga murid itu, yakni neneknya yang tinggal di Kawasan Parlimen Lim, telah meminta pertolongan.

Pada 28 Februari 1995, Lim didakwa di bawah Akta Hasutan, 1948 kerana menyebabkan "perasaan tidak puas hati akan pelaksanaan keadilan di Malaysia". Pada 17 Mac 1995, satu tuduhan tambahan di bawah Akta Percetakan dan Penerbitan dikenakan kepadanya kerana 'mencetak dengan niat jahat' risalah yang mengandungi 'maklumat palsu', khususnya kerana beliau telah menggunakan perkataan 'mangsa terpenjara' untuk menggambarkan murid sekolah itu.

Dalam perbicaraan pertama pada tahun 1997, Lim telah disabitkan bersalah dalam kedua-dua tuduhan dan didenda sebanyak RM15,000. Kerajaan merayu ke atas hukuman yang dianggapi terlalu ringan dan pada perbicaraan yang berikutan, hukuman dinaikkan kepada pemenjaraan tiga tahun. Disebabkan hukuman ini, Lim dilarang menjadi ahli parliamen secara automatik.

Lim berkata: "... saya tidak mengesal. Saya tidak berasa sesal kerana gagal dalam perjuangan prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan. Serta perjuangan hak asasi manusia, khususnya hak asasi wanita. Tidak akan terdapatnya hak asasi wanita sekiranya mangsa rogol dianggapi sebagai pihak yang perlu bertanggungjawab bersama-bersama dan ditahan juga, sedangkan orang yang dituduh masih bebas."

Amnesti Antarabangsa telah menerima Lim sebagai "Banduan Hati Nurani".

Marina Mahathir, anak perempuan kepada Perdana Menteri ketika itu berkata: "Terdapat ketidakadilan dalam undang-undang yang amat membingungkan... Pengajaran adalah jelas — pilihlah perogol anda dengan teliti... Sebagai seorang wanita, khususnya wanita Muslim, saya berasa marah, meluat dan malu... Sebagai seorang ibu, kini saya mengalami ketakutan yang benar terhadap anak perempuan saya. Apakah perlindungan yang kami dapat berharap bagi anak-anak perempuan kami sekiranya, dalam kepentingan politik, seorang gadis bawah umur boleh dikorbankan dengan amat mudah?"

Sumber Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Lim Guan Eng Martabatkan Bangsa Melayu Dan Islam Di Pulau Pinang.

Umno melalui para pekakasnya telah menyerang kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kononnya negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu anti Melayu dan Islam.

Namun ramai tidak sedar bahawa apa yang dibuat oleh kerajaan itu untuk orang Melayu Pulau Pinang adalah yang terbaik berbanding dengan apa yang dibuat kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Berikut adalah bukti-buktinya:-



















































































































































Sumber:Harakahdaily



Lim Guan Eng Ingin Mencontohi Pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz.

WALAUPUN berstatus bukan Islam, tidak menghalang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk mencontohi cara pemerintahan idolanya, Khalifah Umar Abdul Aziz. Baginya Umar Abdul Aziz terlalu hebat untuk diikuti. Namun, beliau bertekad untuk melaksanakan cara kepimpinan Umar Abdul Aziz setakat yang terdaya.
Ikuti bahagian kedua temubual AHMAD LUTFI OTHMAN, MOHD RASHIDI HASSAN, WAN NORDIN WAN YAACOB, IZWAN ABDUL HALIM serta SABRI MOHD SAID menemui beliau di Pejabat Ketua Menteri, di Bangunan Komtar pada jam 8.30 malam, 3 Februari 2010.

Selama hampir dua tahun saudara sering menyebut mengenai meneladani kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz. Setakat mana ia telah diterap dalam kepimpinan di Pulau Pinang dan sejauh mana kepimpinan Umar Abdul Aziz dan prinsip CAT boleh diteladani pegawai-pegawai kerajaan di Pulau Pinang? Ada dakwaan mengatakan sesetengah kes tertentu ada sabotaj dari pegawai kerajaan?

LIM GUAN ENG: Yang utamanya kita cuba memupuk sikap profesionalisme. Sebab itu kita lantik tanpa mengira Melayu, Cina atau India.
Sebelum ini kita lantik Yang Dipertua MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) dari setiausaha yang layak ketika itu seorang berbangsa Cina, kena hentam kromo, (saya dituduh) main perkauman.
Sebenarnya tidak, saya hanya lantik orang yang paling layak. Selepas dia bersara saya lantik dari orang Melayu, mereka sudah tidak bising, tapi ada sesetengah rakyat kurang puas hatilah sebab dia wanita pertama jadi YDP MPPP.
Saya lantik bukan dasar jantina, atau warna kulit. Saya lihat kebolehan, itu yang saya cuba hendak ubah. Jangan lihat kepada aspek bangsa sahaja, lihat sudut negara Malaysia dan kemampuan, sudut nilai sama ada bertakwa atau tidak. Lantik mereka yang mampu.
Kita ambil kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz melalui teladan, beliau adalah model. Beliau buat banyak perkara. Kalau saya cerita tak habislah.
Macam bila orang minta dia bina tembok, dia cakap luaran tidak penting, yang penting kita bina keadilan. Keadilan lebih penting dari tembok. Apa guna tembok besar-besar kalau anda tidak terapkan prinsip keadilan? Jika rakyat memberontak, tembok pun tak guna.

Maknanya, bagi saudara, yang penting adalah keadilan...

Ya, kalau sistem adil, tak payah tembok, pemerintahan anda akan terus berterusan. Jadi itulah cara dia yang kita amalikan. Prinsip dia tak bazirkan wang, dia tak gunakan untuk diri sendiri. Kita cuba amalkan, tapi tidak mampu amalkan semuanya. Dia hebat. Kita ikut sikit sikit.
Macam naik kapal terbang, naiklah kelas ekonomi. Saya balik dari Korea ini pun naik ekonomi. Kerana saya naik ekonomi ada orang kata saya tidak ada 'class'. Tak apalah, kalau naik tambang ekonomi tak ada 'class', tak ada 'class'lah.
Ada orang cakap Ketua Menteri tak ada 'class' bukan macam ada sesetengah Menteri dia naik kapal terbang macam sewa satu kapal terbang. Jadi saya naik kapal terbang naik ekonomi. Jadi itu kepimpinan berhemah, bersih, kita cuba amalkan.
Kita tak kata kita tak buat kesilapan, tetapi kesilapan ialah kerana kita manusia. Sabotaj tentu ada, bila kita buat sesuatu, ada yang buat khabar angin yang bukan-bukan. Macam cerita gerai, itu sangat jahatlah.
Bila kita lantik pegawai, mereka lihat dari sudut warna kulit bukan dari segi kemampuan dan prestasi masing-masing. Yang penting adalah kita boleh berusaha teruslah.
Saya yakin kalau ada peluang untuk terus memerintah, rakyat akan lihat perbezaan. Kita akan selalu naik pangkat mereka yang mahu buat kerja dan mampu buat kerja tak kira latarbelakangnya. Tak kiralah dia Melayu, Cina, atau India atau Umno, MCA atau MIC. akalau dia boleh buat kerja kita lantik.
Kita juga masukkan konsep profesionalisme macam Lembaga Rayuan yang ditubuhkan untuk mendengar aduan atau rintihan penduduk yang terjejas kerana keputusan yang dibuat PBT.
Dulu semuanya ahli politikus, sekarang kita semuanya lantik ahli profesional.
Kadang-kadang bila kita buat macam ini, BN bila yang dahulunya dapat lantikan dan habuan, ini kita tidak bagi sekarang.
Tapi saya percaya dalam Pakatan Rakyat semua faham kecuali sekerat dua yang jadi masalah. Saya rasa kita semua bersatu hati untuk menghadapi dan menanganinya.

Banyak kenyataan yang menghentam peribadi saudara, apakah ini memberi kesan kepada saudara?

Saya tidak terjejas kerana saya tahu siapa kawan saya. Yang itu bukan kawan saya sebab kawan jadi lawan, kerana mereka tak dokong amar maaruf nahi mungkar.

Biarpun kerana itu menyebabkan ramai yang tidak suka...

Saya selalu sebut bahawa kerana mengangkat amar maaruf nahi mungkar saya sanggup kehilangan kawan, malah bersedia untuk terima kawan jadi lawan.
Asalkan kita dapat laksanakan CAT dan amar maaruf nahi mungkar, ini perjuangan dan prinsip saya, saya ada kawan yang bersama, saya tak gentar kerana rakyat bersama kita dan kita terus pegang prinsip ini.
Jika berlaku sesuatu itu adalah ketetapan tuhan, yang penting kita dijalan benar.
Semua serangan ini ialah muslihat untuk mengalih perhatian kita dari kes Anwar Ibrahim, kerana kita seharusnya tumpu kepada kes Anwar, di mana Anwar dianiayai, saya kesali ialah ada mereka yang cakap dan rupa macam Pakatan Rakyat tetapi sebenarnya tidak lagi Pakatan Rakyat.
Sebenarnya hati mereka ini sudah berada di dalam Umno. Apa yang pasti, saya lihat PAS sangat baik, tiada masalah dengan kami. Hubungan kita dengan Ustaz Salleh Man sangat baik, ini semua memberi kerjasama dengan kami di kerajaan negeri.

Timbul dakwaan bahawa kontraktor Melayu hanya dapat dapat projek Kelas F?

Ini Kelas F, Kelas F hanya untuk orang Melayu sahaja. Jadi, Kelas F dahulunya anda tahulah, kroni Umno sahaja yang dapat dengan meluas, sekarang kita buat tender terbuka. Semuanya lebih senang, lebih cepat.
Kita ada kriteria, kita buat secara terbuka di mana Melayu, Cina, India boleh sama-sama buat tender.
Apabila kita proses ini tender, kita tidak lihat latar belakang. Kita hanya proses sahaja, tetapi bila kita dapat maklumat, terkejut bila dapat tahu daripada kontrak tender yang diberikan 67 hingga 70 peratus adalah daripada kontraktor Melayu.
Ini menunjukkan kontraktor Melayu mampu berdaya saing dengan kontraktor bukan Melayu. Apa yang kita hendak tegaskan ialah bukan tengok dari sudut bangsa, lihat dari sudut dasar-dasar yang gagal, dasar-dasar gagal yang masih diterima pakai.
Kalau dasar itu betul, rakyat akan berdaya saing. Jangan lihat dari sudut individu atau bangsa, lihat dari sudut dasar. Ini yang akan memartabatkan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Menyentuh persoalan ekonomi, Pulau Pinang sejak lama dikenali sebagai negeri yang maju dengan industri. Sejauh mana FDI masuk ke dalam negeri ini sejak ditadbir Pakatan Rakyat?

Itu dahulu dikenali, kebelakangan ini sudah menjunam... 18 tahun sudah menjunam. Jadi saya ingat keempat atau kelima tapi saya ingat boleh pulih balik.

Sejak Pakatan Rakyat amalkan dasar ketelusan dan anti-rasuah, adakan pelaburan luar masuk?

Tahun 2008, tahun pertama kita berjaya menarik RM10.2 bilion iaitu rekod terbesar dalam sejarah Pulau Pinang. Tahun lepas kerana kekangan ekonomi kira-kira RM2 bilion, tetapi ini kejatuhan yang sekali dengan seluruh dunia dan di Malaysia.
Itu perkara biasa, semua unjur begitu. Tahun 2008 kita berada di tempat keempat, tahun 2009 masih kekal di tempat keempat, tidak ada perbezaan.
Sungguhpun kita tidak berpengalaman, kita berjaya tarik pelaburan dan saya amat-amat yakin bukan sahaja dari segi kuantiti tapi juga mutu pelaburan.
Kita nak tarik (pelaburan) yang berteraskan pengetahuan, yang berteknologi tinggi, yang inovatif dan kreatif. Kita berjaya beberapa syarikat yang berteknologi tinggi.
Kita juga galakkan Teknologi Hijau. Kita buat halal hub. Ini kejayaan yang paling menyerlah, kerana sebelum ini tidak ada usaha pun untuk buat halal hub. Bila saya jadi Ketua Menteri, saya lihat begitu banyak syarikat dari Pulau Pinang, tetapi kerajaan negeri (BN sebelum ini) tidak membantu.
Saya terkejut dan saya siasat. Saya tanya, mereka jawab sebelum ini tiada minat. Apa? Tiada usaha untuk masuk itu pasaran halal? Ini pasaran berbilion, kena masuk.
Dulu tidak masuk kerana tidak ada penekanan. Dia ingat orang Islam jaga orang Islam, orang bukan Islam tak boleh jaga orang Islam. Ini adalah pemikiran yang kolot.
Rakyat Malaysia mesti jaga satu sama lain. Tak bolehlah buat diasingkan. Jadi kita usahakan, saya minta Exco Agama bantu dapatkan sumber-sumber yang ada.
Dalam setahun kita telah cipta sedikit kejayaan, kita telah buat ekspo dan konvensyen. Saya juga telah peruntukan tanah untuk buat taman industri halal.
Itu yang kita telah buat daripada sifar dan telah memenangi hadiah pemudahcara paling baik dari HACC. Jadi itulah satu kejayaan yang kita rasa menyerlah.

Dari sudut peningkatan taraf hidup rakyat, Umno canang kerajaan negeri pimpinan saudara meminggirkan kaum Melayu, sejauh mana benar?

Dari segi aspek mana? Kita bela miskin tegar dia tidak buat dalam 51 tahun, kita buat dalam 1 tahun. Ini yang saya tidak faham. Bila kita beri wang kita bukan bagi kepada kroni-kroni tertentu, kita bagi semua orang.
Macam kifalah, kita nak mulakan selepas bulan Mac. Ini mendatangkan manfaat kepada rakyat. Microkredit kita beri semua kepada rakyat Pulau Pinang.
Tentu orang Umno akan cakap saya pinggirkan Melayu, MCA cakap saya pinggir Cina, MIC cakap saya pinggir India. Tetapi yang pinggirkan rakyat Malaysia ialah BN. Jadi itulah perbezaannya.
Di sini, apakah yang kita dapat kalau kita pinggirkan rakyat? Macam saya kata tadi takkanlah saya bodoh macam itu untuk pinggirkan rakyat. Tidak ada! Kita cuba bantu semua rakyat Malaysia. Itu yang kita usahakan.

Dalam 2 tahun kerajaan Pakatan Rakyat, hubungan Pakatan Rakyat dan dasar yang dijalankan, apakah ia akan menjadi sandaran terbaik kepada Pakatan untuk berdepan pilihan raya umum akan datang?

Ini terserah kepada rakyat, kita boleh merancang dan tuhan menentukan. Dalam dua tahun ini kita tahu siapa makruf dan siapa mungkar, kita datangkan prinsip yang baik bukan pecah perintah seperti BN.
Kita tegakkan kerajaan yang mengutamakan rakyat. Kita tegakkan prinsp 3P, iaitu perkasakan rakyat dengan ilmu pengetahuan, dengan masyarakat berilmu mereka boleh jaga hak, seterusnya, perkasakan hak kebebasan dan tanggungjawab rakyat dan ketiga perkayakan rakyat.
Sebab itu kita buat kifaalah warga emas. Kita telah pecahkan temberang Umno-BN, kita berikan wang bantuan kepada rakyat yang memerlukan. Kita hadapi cabaran yang mana mungkin ada yang masih terpesona dengan cara BN dulu yang mahu kronisme, berbanding kita yang mementingkan persoalan ketelusan, reformasi, hubungan erat antara Pakatan Rakyat. Bagi saya buang yang keruh ambil yang jernih. Terima kasih.

N'N:Terbukti kini desas-desus yang mengatakan bahawa Lim Guan Eng bersikap perkauman hanyalah fitnah UMNO semata-mata. Terbaru Utusan Meloya telah membuat tuduhan yang melulu kononnya Lim Guan Eng telah membatalkan 'Sambutan&Perarakan Maulid Nabi' ketahuilah bahawa Utusan Meloya telah terang-terang membuat Fitnah terhadap Lim Guan Eng. Berikut adalah kenyataan Lim Guan Eng dalam Akhbar Harakah: "Ini adalah Fitnah yang amat jahat,bertujuan menimbulkan kebencian dan kemarahan ummat Islam terhadap saya.Tidakkah editor-editor yang beragama islam di Utusan sedar bahawa hadis menyatakan fitnah itu lebih tajam dari mata pedang?" Soalnya kesal.

3 comments:

musafirlalu said...

Percayalah bahawa puak-puak ini sememengnya tidak suka kepada fakta.Siarlah sebanyak mana pun kalau mata sudah buta, hati tertutup rapat, akal diletakkan ditapak kaki dan nafsu menguasai diri. Hati mereka dan mata mereka akan terbuka apabila kita menunjukkan..... fulus, fulus, fulus dan juga fulus. Kalau tidak, takkan saksi kes rasuah Norzan boleh kata perkara biasa.

Na'im Nikmat said...

Salam Akhi,
Itulah hakikatnya UMNO $$$$$$$$$+Kuasa untuk Korupsi=UMNO

Mohamadazhan.com said...

salam akhi,

mantap post kali ni,

penuh fakta yang akan menggerunkan puak2 UMNO berlidah biawak tu.