Friday, July 24, 2009
Jadilah puak yang menentang kezaliman..Jangan jadi puak yang menyokong kezaliman..
Gerakan Mansuh ISA(GMI) bersama Pimpinan dan penyokong PR akan membuat perhimpunan untuk memansuhkan ISA dengan matlamatnya ialah:
1)Kerajaan UBN wajib memansuhkan ISA.
2)Tahanan ISA perlu dibebaskan serta merta.
3)Kem tahanan ISA di kamunting harus ditutup.
Namun dikala GMI dan PR ingin membuat perhimpunan memansuhkan akta yang zalim ini terdapat pula puak-puak yang mahu membuat perhimpunan secara serentak bagi menyatakan hasrat mereka menyokong akta zalim ISA. Dimanakah rasionalnya puak-puak ini menyokong akta yang mencabul hak-hak seorang manusia untuk mendapat keadilan. Adakah puak-puak ini tidak pernah mendengar Firman ALLAH S.W.T:
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.(Surah Huud ayat 113)
'Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.'
(Al-Maaidah :8)
Apakah rasionalnya Majlis pemuafakatan Melayu (pewaris ) bersama dengan 10 NGO melayu yang pastinya beragama Islam ini mahu berhimpun untuk mempertahankan akta zalim ISA???
Perhimpunan tersebut dikatakan akan bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu".
Perbuatan mereka ini hanya akan memalukan bangsa Melayu. Perbuatan ini hanya menampakkan semangat perkauman yang membatasi semangat keagamaan. Perbuatan PEWARIS dan NGO melayu ini hanya menyerlahkan sikap ahli-ahli UMNO/BN yang langsung tidak mahu menegakkan keadilan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment