Wednesday, June 3, 2009

Ideologi-idelogi musuh ISLAM.



1)Imperialisme Barat: Sebagai contoh, kolonialisme British dan Perancis.

2)Ekstrem-fasisme nasionalisme: Fasisme Itali, Israel, dan kumpulan-kumpulan profasis yang menyebabkan tercetusnya perang-perang saudara di dalam dunia Islam.

3)Komunisme: Soviet Rusia, China, Kemboja di bawah peme­rintahan Khmer Rouge, komunis di Afghanistan dan pelbagai lagi kumpulan komunis di Timur Tengah.

"ideologi-ideologi" inilah yang telah menukarkan kesatuan-kesatuan atau peradaban-peradaban tersebut kepada penindas-penindas yang hauskan darah. Ideologi-ideologi ini telah mendominasi sebahagian besar dunia pada abad kesembilan belas, dan telah membawa kekejaman dan kezaliman ke mana-mana sahaja ia pergi. Sebenarnya ideologi-ideologi inilah yang menjajah, membahagi, merompak, memperhamba, dan menyembelih umat Islam sedunia.

Apabila kita memerhatikan ketiga-tiga ideologi ini, kita dapat melihat di sebalik segala apa yang berlaku ialah peningkatan kepercayaan ateisme (tidak mempercayai tuhan)di Barat. Setiap daripada mereka muncul apabila dunia Barat sudah tidak mahu lagi percaya kepada Tuhan dan agama, dan mula menerima fahaman golongan materialis sebagai cara hidup mereka.

Satu kebenaran penting yang mengesahkan hakikat ini ialah ketiga-tiga ideologi ini telah diasaskan daripada teori evolusi Darwin, yang mana menggambarkan "asas saintifik ateisme" dan yang mana buat julung-julung kalinya falsafah ateis telah menjadi satu "kebenaran saintifik."

Namun terdapat doktrin kepada semua kesesatan "ideologi-ideologi" ini yakni Islam.Islam dilihat sebagai doktrin kepada golongan-golongan ateis ini kerana diantara mereka sendiri masih terdapat golongan berasa keliru dengan teori-teori idelogi buatan manusia yang terlalu banyak menimbulkan tanda tanya kepada mereka.Antaranya bagaimana mungkin dunia ini terjadi secara kebetulan dan adakah mungkin kejadian manusia terjadi melalui proses evolusi dan mengapa pula proses evolusi tiba-tiba terhenti.Persoalan ini hanya mampu dijawab dengan suatu wahyu yang diturunkan oleh Maha Pencipta yakni ALLAH S.W.T iaitu Al-Quran.Al-Quran telah menjawab semua persoalan golongan-golongan ini dan kebanyakannya dari mereka telah mendapat hidayah hanya dengan membaca Al-Quran. Maha suci ALLAH adalah amat beruntung kita dilahirkan dalam nikmat Islam.
Firman ALLAH S.W.T:

Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di akhirat kelak).
(surah an-Nisaa' 4:174)

Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) Dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) Yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) Yang jelas nyata keterangannya. (Surah Al-Maidah 5:15)

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman.(Surah Yunus 10:57)

1 comment:

Azridul said...

Orang yang mengingkari Yang Maha Mencipta pasti menemui kegagalan kerana dia mencari Allah dengan alat indera.

Di kalangan manusia ada yang mengingkari Allah ketika menetapkan kedudukan-NYA secara global, dia tidak dapat menghuraikannya lantas mengingkari kewujudan Allah.

Seandainya mereka justeru menggunakan akal, tentu menyedari ada beberapa perkara yang tidak mampu diterangkan kedudukan secara pasti seperti akal dan jiwa. Padahal tiada siapa pun yang mengingkari kewujudan akal dan jiwa.

Ibnul Qayyim al Jauziyah - Talbis Iblis