Wednesday, June 17, 2009

Eksklusif: Sah! Hakim-Hakim Durjana Mahkamah Rayuan Berjaya Pastikan Nizar Akan Di Tewaskan Berhubung Pembelaan Kes Menteri Besar Perak !!

Nampaknya dakwaan ramai pihak yang mengatakan krisis Perak didalangi oleh UMNO dan Barisan Nasional, bakal menjadi kenyataan kini. Ia berikutan sikap dan "kebiadapan" Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan yang begitu lambat untuk mengemukakan ulasa keputusan kehakiman mereka. Pembelaan kes Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin terhadap Zambry Kadir ke Mahkamah Persekutuan pasti akan terjejas ekoran sikap "tidak profesional" itu. Ulasan keputusan kehakiman itu adalah penting bagi membolehkan para peguam Nizar mempersiapkan pembelaan rapi di Mahkamah Persekutuan. Namun dengan kesulitan ini, peguambela Nizar terpaksa "meneka dan membuat ramalan" mengapa Mahkamah Rayuan mengumumkan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang sah. Amatlah menyedihkan ini berlaku lagi terhadap Hakim-Hakim di negera kita. Sangkaan kita, dengan tercetusnya isu VK Linggam dan kemudiannya pembayaran X-Gratia "Gantirugi" kepada bekas hakim-hakim yang telah dipecat dulu, maka badan kehakiman itu akan kembali berubah. Namun, segalanya hanya tinggal harapan. Bahkan institusi kehakiman di negara kita terus dicemari bahkan lebih parah lagi. Malah, dalam kes Nizar pihaknya telah meminta ulasan kehakiman itu beberapa kali namun tidak dilayan oleh pihak hakim terbabit. Apakah kita harus mempercayai lagi hakim-hakim sebegini terus bertugas untuk memperbetulkan amalan udang-undang di negara kita?. Sebelum ini, Hakim Dato’ Md Raus Shariff bersama-sama Hakim Dato’ Zainun Ali dan Hakim Dato’ Ahmad Maarop di Mahkamah Rayuan mencapai keputusan kontroversi dengan mengumumkan Zambry Kadir sebagai Menteri Besar yang sah tanpa merujuk kepada keputusan bertulis yang telah dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi sebelum itu.

Mengikut amalan standard badan kehakiman, mereka mempunyai 30 hari untuk menghasilkan ulasan keputusan kehakiman, dan dalam kes Nizar, mereka mempunyai masa sehingga 19 Jun untuk mengemukakan dokumen tersebut. Surat telah dihantar dan Nizar juga menjelaskan jangka masa 30 hari tidak boleh dijadikan alasan mengapa ulasan kehakiman tidak dapat keluarkan dengan lebih awal. Lagipun, kata Nizar, Mahkamah Rayuan pernah membuktikan mukjizat dengan meluluskan rayuan Dr Zambry dalam masa kurang dari 24 jam. Mahkamah Rayuan menyegera dan meluluskan permohonan Dr Zambry untuk membekukan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan Nizar adalah Menteri Besar yang sah. Bukankah ini jelas menunjukkan bahawa kesemua hakim terbabit telah melanggar prinsip ketelusan dan keadilan yang sepatutnya dilaksanakan dalam undang-undang. Ini tidak, mereka pula yang sanggup "dikambing-hitamkan" untuk melacurkan undang-undang itu sendiri. Apa yang jelas, kes yang dialimi oleh Nizar ini hampir sama dengan kes yang berlaku terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam kes liwatnya, barisan peguam Anwar telah beberapa kali memohon supaya pihak pendakwaraya menyerahkan beberapa dokumen penting untuk memudahkan mereka membuat pembelaan bila kes itu mula dibicarakan pada 1 Julai ini. Namun, segalanya tidak dilayan dan Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan rayuan itu pada 22 Jun ini. Namun, apakah segala dokumen itu dapat diserahkan?. Sudah pasti harapannya agak kabur kerana semua yang berlaku ini adalah akibat campurtangan pihak kerajaan dalam institusi kehakiman di negara kita.

[Maka, sahlah kini sejak Najib Razak menjadi Perdana Menteri beliau banyak menerima tunjuk ajar dan nasihat daripada mantan PM Mahathir Mohamad terutamanya dalam hal untuk "membeli dan melobi hakim". Inilah yang berlaku terhadap Anwar 10 tahun yang lalu. Anwar kini menjadi "duri dalam daging" buat Mahathir, maka beliau tidak mahu terus dimalukan. Beliau sudah pasti mahu melihat yang keputusannya memecat Anwar pada tahun 1998 kerana "kes liwat" itu adalah benar belaka. Jika Anwar tidak ke dalam gara-gara "Kes Saiful" ini, sudah pasti beliau akan mendapat malu yang lebih besar. Lantaran itulah, ilmu "memenjara mahkamah" daripada membuat keputusan yang adil dan saksama telah dilakukan semula. Akhirnya rakyat dapat melihat dengan jelas kebobrokan mereka semua ini sebenarnya].

Sumber:pahangdaily.blogspot.com

No comments: