Tuesday, August 11, 2020

SINDIKET JUDI KEBAL: RESPON BEKAS PEGAWAI POLIS YANG DIFITNAH KERANA KACAU SINDIKET JENAYAH ADA KABEL BESAR.

 

Foto - Mohd Ali Ameer Batsyah

Seorang bekas Pegawai Polis yang berpangkat tinggi telah memberi respon terhadap pendedahan Asri Janggut mengenai sindiket judi yang kebal.

Beliau menceritakan pengalaman dirinya yang difitnah gara-gara menumpaskan sindiket jenayah yang mempunyai 'kabel besar'.

Berikut adalah luahan beliau:

Kerja betul ,Kerja wayang
Aku ceritakan kisah kerja betul Aku,jadi mangsa pada pegawai kerja wayang..

Tuan Tuan boleh ambil pengajaran dari kisah yang sedang tular sekarang....pengalaman memberi suatu pengajaran...

Kisah Ops City Link/ Fitnah BPR Johor ,tuduh aku dengan tuduhan direka cipta bawah sek 109kk....

Awal tahun 1993...oleh kerana keberkesanan aku mengetuai UTC JB menumpaskan kumpulan penjenayah bersenjataapi di Johor...Ketua Polis Johor yang pada masa itu Dato Ismail Che Rus (Tan Sri) telah meminta aku ,membuat operasi khas " jenayah hartabenda" khusus nya sendiket curi dan samun kereta mewah yang menjadi jadi ...

Sebagai pegawai jenayah berat A team IPD senteral JB, jenayah bersabit hartabenda khusus nya curi kenderaan di bawah B team ,bukan A team...

Atas kepercayaan KP Johor,minta aku handle jenayah tersebut dengan gunakan UTC JB bawah seliaan aku...

Maklumat awal yang aku terima,sendiket ni terlalu besar rangkaian nya dan melibatkan beberapa agensi penguat kuasa termasuk polis,kastam dan JPJ...

Sendiket ni didalangi oleh kumpulan yang punyai cable besar....kes berat kena langgar lembu orang orang besar...

Aku tidak bole pakai serbu membabi buta ,premis premis yang terlibat dengan jenayah tersebut...perlu ada perancangan teliti dan risikan rapi...sebab sendiket tersebut bukan baru beroperasi...mereka telah lama beroperasi dan punyai network yang sangat licin dan kemas...macam kes judi haram dan pelacuran tu lah...kalau setakat serbu secara rambang ,maka jumpa abuk saja lah...tutup sekejap selang beberapa hari buka lagi...taukeh taukeh makin berani ....

Dalam ops City Link...mula mula aku kenacari angguta surveillance yang benar benar jujur dan tidak bole dibeli...penting sebagai pegawai untuk mengenal pasti siapa angguta yang bole dipercayai...tidak boleh ramai untuk kerahsiaan ...cukup 3 ke 4 orang 9saja...kalau ramai ,maklumat mudah bocor...nanti ada angguta yang akan jual maklumat dengan tukaran rahsuah...serbuan akan gagal ,dapat abuk barang kes tiada

Kemudian aku perlu cari maklumat modes of operandi dan cara mereka melakukan jenayah,melupuskan barang kes dan cara mereka daftarkan dan menjual kereta kereta curi tersebut setelah didaftar baru dengan no enjin dan chasis diubah suai sebegitu halus kerja nya sehingga tidak boleh dikesan no asal nya oleh pakar kimia..

Untuk tugas ini aku kena cari sumber dalaman yang boleh dipercayai dan amanah dari jabatan JPJ,pegawai bank dan finance yang terlibat ....sebab sendiket juga punya orang dalam dalam menjayakan jenayah mereka yang sekian lama sukar ditumpaskan..

Selesai tugas ini...aku perlu pantau rapi dealer berdaftar yang digunakan untuk urusan jualbeli kereta kereta yang telah didaftar semula dengan butir butir palsu termasuk penama pertama yang butir diri dan alamat semua nya tidak ujud.

Dealer ada show room dengan dipamirkan kereta kereta mewah yang betul untuk dummy ...kalau serbu rambang...dan kereta tersebut kereta betul...maka masak lah aku dan team aku...boleh kena saman...ini bukan kerja senang...sebab semua kereta kereta yang telah diubah suai butiran nya disembunyikan bertaburan ....apabila mangsa pembeli penama kedua sudah didapati...baru kereta yang berkenaan akan dibawa ke showroom untuk urusan jual beli...mangsa tidak tahu yang kereta tersebut ada asal nya kereta dicuri atau disamun...

Surveillance kena pantau 24 jam dan catit setiap kereta yang baru sampai ke show room dan lapur kepada aku...aku akan bertindak segera untuk memastikan yang kereta yang disyakki benar benar kereta curi atau disamun...

Contoh: katakan surveillance lapurkan pada jam 1.00am ada sebuah pajero no pendaftaran XXZ 800 dan mercedece XXZ 801 baru masuk ke sasaran dealer berdaftar...keesukkan hari aku kena segera jumpa sources aku pengurus kilang pemasangan mercedece dan pajero...minta mereka sahkan no chasis dan enjin dua kenderaan tersebut betul atau palsu... 

Untuk dapat kan no chasis dan enjin kereta kereta tersebut ini satu tugas rumit dan penuh rahsia...berbekal malumat tersebut,bila disahkan oleh pengeluar atau kilang pemasang kereta berkenaan bahawa itu no palsu...baru aku bole bertindak buat serbuan apabila semua bukti dan barang kes telah ada di tempat yang diambush...jika lewat transaksi sudah berjalan...kenderaan telah bertukar tangan ...dalang sendiket akan terlepas...

Mereka buat kerja sangat teliti dan waspada,maka aku kena lebih advance dari mereka...setelah bersusah payah buat pemantauan dan risikan ...pada 2 April 1993 aku pun buat serbuan apabila ada kenderaan yang aku telah pasti itu kereta asal nya disamun...

Semasa serbuan salah seorang pegawai bank mangsa sendiket tersebut turut hadir...tujuan aku supaya aku ada saksi pengadu yang turut buat rpt polis mangsa sendiket tersebut...jadi jika ada pegawai atasan cable sendiket minta aku lepaskan suspek...maka ada alasan pengadu dah buat rpt juga dan ada barang kes dirampas...

Semua jangkaan aku betul terjadi...sebaik aku tahan dua dalang dan rampas barang kes serta black listkan senarai kenderaan yang tidak dijumpai...suspek telah call cable nya di B.A setelah gagal rasuah aku RM50k utk settle luar...kesukkan hari nya OCCI bagi tahu aku jika bole bebaskan kedua dua suspek atas permintaan dua pegawai atasan di BA...aku nagi tahu aku tidak bole bebaskan sebab disamping rpt aku ada rpt pengadu dari pegawai bank mangsa sendiket yang turut hadir semasa serbuan tersebut...maka kedua dua OKT dituduh ke mahkamah... 

Kejayaan pada april 1993,KP Johor Dato Ismail Che Rus...pelik nya pada feb 1995 semasa KP Johor D.AR  yang bubarkan UTC Johor pada Feb 1995...

Salah seorang ahli sendiket Ops City Link telah buat rpt polis bersabit JCV 192 yg aku senarai hitamkan...

konon nya aku tangkap dia dan rampas kereta nya JCV 192 dan dia rugi RM70k...I.P di buka keatas aku oleh Polis I.O ASP Ishak Hassan dan I.O BPR Pn Noraini..

Siasatan didapati aduan fitnah keatas aku dan kes di NFA feb 1995..march 1995 aku di arah tukar ke Tumpat...20 mei 1995 aku di arah bertukar ke Sgor...

Bertambah pelik pada bulan jan 1996 aku dapat tahu dari Kpl Salleh KP Johor minta ahli sendiket tersebut buat 1 rpt konon nya aku terima imbuhan rasuah bernilai RM40k kerana ubah suai kenderaan suzuki aku SS2011A dikatakan kereta curi guna nombor pendaftaran palsu,sebagai timbal balas tidak menangkap pengadu yang miliki JCV 192 kereta curi.

Untuk itu waran tangkap BPR dikeluarkan keatas aku...dan aku dikenakan perintah tahan kerja
    
Pada march 1997 semasa mention kes ,pertuduhan dibuat bukan atas rpt yang waran tangkap di keluarkan...tetapi atas rpt pada Feb 1995 yang telah di NFA semasa aku di Johor lagi.

Pada mei 1998 mahkamah bebaskan aku tanpa bela diri...tetapi bayaran yang aku terima atas kejayaan Ops City Link ia lah di tuduh dengan kes palsu,di tahan kerja dan tidak di kembalikan hak tunggakan aku sehingga kini.

Pegawai atasan yg mangsakan aku berbangga konon nya dia tegas dalam memerangi jenayah rasuah,konon nya tidak berkompromi dengan aku yang terlibat rasuah,cuma hanya dengan pertuduhan rasuah ciptaan nya...cakap dia lakukan pada KPN masa itu ,sebab dia ada keris bersilang,dia Ketua Polis Negeri....

Pada Bro Hot Burger Asri Bakar ...syukur lah suara anda ,aduan anda didengari nitizen,disokong oleh nitizen dan didengari oleh KPN sekarang Tan Sri Hamid Bador....

#Page Dari D9 KeTahanan Tanpa Bicara

Kredit: Mohd Ali Ameer Batsyah

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1965609263590183&id=100004233844781

N'N: Bila manusia bertuhankan duit maka manusia yang jujur akan jadi mangsa hamba duit.

18 comments:

Sokong islam said...

Aslm...nampak gaya kena membawang kes ali batsyah supaya panas geng2 yg fitnah dia

Shamsuddin Yahaya said...

Kesian ya, yg jadi KP bg arahan pun tak tolong belau.

Ajai said...

Betul tu. Kena up balik kes ni.

A.k said...

Takut suatu hari nanti rakyat mula bertindak sendiri. Laknatullah hingga ke cucu cicit sbb mkn duit haram.

Unknown said...

Sya dah lama follow up cerita Tuan Mohd Ali Ameer Batsyah. Sya doakn semoga Tuan berjaya dlam usaha Tuan selama ini utk mencari keadilan. Sya knal Tuan Saharudin Majid sahabat Tuan Mohd Ali

AsriJr said...

Istana mantin ..dgn fuji....kes najib pun blh dorg kata TIADA KES.....

Kamalextmr said...

Ya betul bawa kes ini ketengah kita rakyat menuntukan keadilan bukan kejahatan.biar panas buka balik.

Unknown said...

Allahuakbar semoga mereka yg terbabit mendapat pembalasan neraka dunia & akhirat. Aminnnn

Anonymous said...

Semoga kp polis dan anggota nya yg terbabit dgn rasuah dan skrg mgkin sudah bersara akan menerima balasan dunia sekejamnya

Cikgu Zul said...

Semoga pihak yg menganiaya beliau mendapat pembalasan yg setimpal.

Unknown said...

Semoga allah swt membalas kejahatan yg dilakukan ..

Ray said...

Nak add abg ali boleh kat fb?

al-hussain said...

Amiin..semoga dibuka pintu hidayah..

Compatible One Man Band Owner (COMBO) said...

Terbaik...inshAllah Tuhan senantiasa menyebelahi Tian.

Unknown said...

Semoga yg melakukan penginayan mendapat pembalasan/karma yg setimpal... Amin.

Unknown said...

Aku tak menurut arahan atasan untuk lantik kontraktor politik tidak mengikut prosidur. Kontrak perkhidmatan tidak disambung atas alasan tiada peruntukan. Tang2, aku dengar dari rakan2 ada fitnah disebar yg aku kaki rasuah dan selalu lantik syarikat aku sendiri, sebab itulah kontrak perkhidmatan tidak disambung. Selamat berjuang kepada yg lain

Jaha said...

Semoga tuhan merahmati tuan

Unanimous said...

Aamiin