https://www.facebook.com/groups/625023094246556/permalink/3183226545092852/
Secara tiba-tiba nama 'Asri Janggut' menjadi hangat diseluruh negara.
Individu yang dikenali sebagai Asri Janggut itu telah membangkitkan isu kegiatan perjudian di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh menerusi siaran Facebook.
Dalam dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia itu turut mendakwa premis perniagaan diusahakan warga Aceh 'kebal' kerana tidak dikenakan tindakan atas kesalahan menjual rokok seludup.
Beliau kemudiannya telah memuat naik status berkemungkinan dirinya akan dibunuh atas tindakan memuat naik video di laman sosial.
Walau bagaimanapun pihak Polis menafikan kenyataan yang ditularkan oleh Asri Janggut dan menegaskan bahawa pihak mereka tidak pernah berkompromi atau melindungi penjenayah dan sindiket judi tersebut susulan tindakan yang sudah kerap kali dibuat pihak Polis.
Namun timbul tanda tanya oleh masyarakat bagaimana kegiatan judi di situ masih lagi berluasa?
Sumber:
https://www.sinarharian.com.my/article/95839/BERITA/Viral/Polis-cari-pemilik-akaun-Facebook-Asri-Janggut
N'N:Memang hairan bin ajaib sebab ini kali pertama aku dengar kaki judi mempertahankan orang yang nak basmi judi...
Mempertahan Asri Janggut tu bagus tapi berhentilah jadi tahi judi... Kalau tiada orang nak berjudi sindiket judi pun boleh gulung tikar.
No comments:
Post a Comment