Wednesday, July 1, 2020

MINYAK PENGASIH DAN TANGKAL AZIMAT SYIRIK SELAMBA DIJUAL SECARA ONLINE.




Begitu mudah mereka mempromosikan syirik dan khurafat.

Seperti yang kita semua sedia maklum minyak pengasih ialah sejenis sihir penunduk yang digunakan untuk menundukkan seseorang supaya takut atau sayang kepada seseorang.

Tangkal dan azimat pula dikatakan mampu menjadi pelindung daripada segala musibah.

Sesungguh manusia sedang ditipu dengan tipu daya syaitan.

Berikut adalah penerangan tentang dosa syirik yang dipetik daripada laman web Mufti Wilayah:

Dosa Syirik

Syirik adalah dosa besar yang paling besar. Oleh itu, ianya diletakkan sebagai dosa besar yang pertama daripada 76 dosa besar yang dihimpunkan oleh Imam al-Zahabi dalamkitabnya al-Kaba’ir. 

Maka jelas syirik merupakan perkara yang sangat diharamkan dalam Islam.

Firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.”

(Surah al-Nisa’: 48)



Ibn Kathir berkata: “Allah Ta’ala tidak akan mengampuni dosa syirik yaitu ketika seorang hamba bertemu Allah dalam keadaan berbuat syirik.” (Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 3/129). Menurut Ibn al-Jauzi, Allah tidak akan mengampuni orang yang musyrik yang mati dalam kesyirikan. (Lihat Zad al-Masir, 2/103). Ini bermaksud, jika dia meninggal dunia dalam keadaan sempat bertaubat, maka dia akan selamat daripada azab neraka.


Rasulullah SAW bersabda,

أَكْبَرُ الْكَبَائِرِ الإِشْرَاكُ بِاللَّهِ

“Dosa besar yang paling besar, adalah menyekutukan (sesuatu) kepada Allah.”

(Riwayat al-Bukhari, no. 6919)

Pintu taubat sentiasa terbuka tapi kita takut jika kita mati sebelum sempat bertaubat dan mati dalam keadaan mengamalkan syirik kerana dosa syirik ialah dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT.

Kita semua pendosa tetapi setelah kita dibakar dan diseksa kerana dosa itu kita akan dimasukkan kedalam syurga kecuali pelaku-pelaku syirik, maka beringatlah!!!



No comments: