Thursday, July 2, 2020

'LEONARD' NON-MUSLIM YANG BUAT SELURUH MALAYSIA BANGGA.

PEMUDA INDIA GIGIH BETULKAN KIBLAT UNTUK RAKAN MUSLIM



Dalam hubungan persahabatan, beruntung sekiranya terdapat seorang rakan yang mengambil berat dan menegur kesilapan kita tanpa mengambil kira perihal agama atau bangsa.

Seorang pemuda, Amer Abdul Ghani yang bersiap sedia menunaikan kewajipan solat disifatkan bertuah kerana mempunyai seorang rakan berbangsa India yang prihatin.

Menerusi laman Twitter, pemuda yang bekerja di syarikat penerbangan itu memuat naik video pendek memaparkan rakannya Leonard Lourdes sedang memperbetulkan arah kiblat.

Dengan berpandukan aplikasi kompas dalam telefon bimbit yang diletakkan atas sejadah, Leonard kelihatan bersungguh-sungguh mencari arah kiblat yang lebih tepat sebelum rakannya mengerjakan solat.

“Tengok bagaimana rakan saya berbangsa India memperbetulkan kiblat saya dengan tepat,” tulis Amer berserta tanda pagar ‘sahabat sampai syurga’

Sumber:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1625891687575289&id=701304266700707

Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa.

No comments: