Kerajaan Negeri Victoria, Australia, terpaksa membatalkan rancangan untuk melonggarkan kawalan pergerakan selepas kes COVID-19 kembali meningkat berpunca aktiviti kunjung mengunjung antara ahli keluarga dan majlis keramaian.
Justeru, kerajaan negeri terpaksa mengetatkan kawalan pergerakan bermula Ahad ini.
Hanya lima tetamu dibenarkan di setiap rumah dan 10 orang jika berjumpaan di luar rumah.
Aktiviti sosial dihadkan dan premis perniagaaan hanya boleh membenarkan 20 pelanggan pada satu masa.
Ada penduduk di Victoria yang positif COVID19 masih ke tempat kerja dan berkunjung ke rumah ahli keluarga lain.
Senario di Victoria ini boleh dijadikan pengajaran kepada kita supaya mematuhi arahan dan SOP yang ditetapkan.
Sentiasa amalkan penjarakan sosial dengan mengelak diri dari tempat sesak, sempit dan sembang dekat-dekat (3S).
Jika kita tidak amalkan penjarakan sosial apabila berada di luar rumah, bermakna rumah kita tidak lagi selamat.
Aktiviti berkumpul atau perhimpunan ramai masih tidak dibenarkan di negara kita.
Jika masih ada yang ingkar dan pandang remeh, PKPP akan kembali menjadi PKP.
Sumber: FB KKM
No comments:
Post a Comment