MARAH dengan wanita MABUK sebabkan eksiden, penduduk kampung bakar kereta.
TASEK GELUGOR, 19 Jun — Tindakan seorang pemandu wanita yang melanggar dua pemuda kerana berada di bawah pengaruh alkohol membawa padah apabila kenderaannya telah dibakar oleh penduduk kampung.
Kejadian di Kampung Tun Sardon, Tasek Gelugor berlaku sekitar jam 9.30 malam, semalam. Menerusi foto dimuat naik pemilik akaun Facebook bernama Hafiz Chip, kelihatan sepasukan anggota bomba sedang memadam api pada sebuah kenderaan.
“Orang kampung geram dan bakar terus kereta pemandu mabuk tersebut. Aku yang baru lalu dekat situ terpaksa telefon bomba sebab api sudah marak menjulang-julang,” katanya.
Sementara itu, seorang penduduk kampung yang juga abang kepada kedua-dua mangsa memaklumkan insiden berlaku dengan sangat pantas. Hanniff Roslan,29, berkata adiknya mengalami kecederaan patah kaki dan sedang menerima rawatan di Hospital Sebarang Jaya.
“Mereka (Muhammad Azri dan Muhammad Asri) menaiki motosikal seorang satu pergi beli burger. Mereka dah balik rumah hantar yang kat rumah lepas tu mereka pergi hantar pula burger yang dipesan orang dalam kampung.
“Lalu kot (ikut) depan Masjid Ara Kuda, tiba-tiba kereta mari masuk jalan mereka langgar terus,” katanya ketika dihubungi ProjekMM.
Terdahulu, Hanniff mengakui penduduk kampung begitu marah dengan sikap wanita itu yang memandu dalam keadaan mabuk.
Bagaimanapun, wanita berkenaan tidak diapa-apakan penduduk walaupun telah bertindak membakar kenderaan dinaikinya bagi melepaskan kemarahan.
Polis mengesahkan menerima laporan tentang kejadian namun, enggan mengulas lanjut.
Kredit - ProjekMM
Sumber:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1620001964830928&id=701304266700707
Kepada pihak Kerajaan segerakanlah meminda dan meluluskan akta bagi menjatuhkan hukuman berat buat pemandu mabuk.
Akta yang sedia ada nampaknya gagal membendung pemandu mabuk daripada bermaharajalela diatas jalanraya.
Orang yang tidak berdosa seringkali menjadi mangsa dan korban pemandu mabuk.
Kemaskini:
PDRM telah mengeluarkan kenyataan bahawa pemandu itu tidak mabuk tetapi disangka mabuk.
Pemandu disangka mabuk, kereta dibakar:
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/06/702283/pemandu-disangka-mabuk-kereta-dibakar
Malaysia ada undang-undang jadi janganlah buat undang-undang sendiri atau undang-undang rimba, kelak diri sendiri yang binasa.
No comments:
Post a Comment