Friday, May 15, 2020

(VIDEO):KOREA BENARKAN UMMAT ISLAM SOLAT TERAWIH SECARA BERJEMAAH DI MASJID KETIKA DUNIA DILANDA COVID-19.


(Sila tukar kepada paparan web jika mengguna smartphone untuk melihat video)

Perkongsian video tersebut ialah daripada Daud Kim seorang vlogger Muslim yang berasal dari Korea.

Video tersebut berkisar tentang suasana Solat Terawih di negara beliau meskipun dunia sedang dilanda pandemik Covid-19.

Saya sebenarnya agak terkejut apabila mendapat tahu yang kerajaan Korea membenarkan Ummat Islam disana mendirikan Solat Terawih secara berjemaah.

Seperti yang kita dapat lihat dalam video itu mereka menggunakan pakai SOP khas seperti mengambil butiran nama dan alamat serta jelas kelihatan penjarakan sosial dilaksanakan semasa Solat didirikan.

Ternyata negara Korea memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya dan orang asing yang berada di negara itu.

Jika kita hendak bandingkan Korea dengan Malaysia dalam aspek membenarkan Solat Jemaah pastinya tidak adil kerana Korea pernah berdepan dengan wabak pandemik seperti SARS dan mereka mempunyai pengalaman dan SOP yang sedia ada bagi membolehkan Solat Jemaah didirikan.

Namun berita gembira kepada Ummat Islam di Malaysia kerana semalam telah diumumkan oleh Menteri Agama mengenai SOP Solat Jemaah di Masjid, Surau yang terpilih. Baca (LINK)

Bagi mereka yang mengecam keputusan kerajaan kerana membenarkan Solat Jemaah mungkin mereka tidak tahu bahawa Korea sudah melaksanakannya terlebih dahulu.

Namun begitu semuanya bergantung kepada displin rakyat Malaysia. SOP yang dibuat wajib diikuti seperti mana yang dilakukan Ummat Islam di Korea.

6 comments:

Tok Ki said...

Malu dgn negara kafir Korea...

Anonymous said...

Depa solat tepi masjid tu. Imam dok depan kat situ bukan dalam masjid.

Masjid tutup.

Anonymous said...

Tapi mungkin juga mereka solat diluar kerana dlm Masjid sudah penuh... Tak kisahlah dalam atau luar tapi yang terbaiknya adalah Solat Jemaah dilaksanakan...

Anonymous said...

Bangga dengan tindakan kerajaan malaysia yg bertungkus lumus berusaha menyekat covid. Tq very much.

Unknown said...

😊🙏🙏🙋🙏🙏😊
😄👍💝✌💝👍😄

Anonymous said...

Siapa mulakan kerajaan Tebuk Atap?

PH mendakwa Perikatan Nasional adalah Kerajaan pintu belakang dan tebuk atap atau kerajaan tak sah.

Mari kita singkap sikit sejarah sejak berakhirnya PRU14 pada 9 Mei 2018 lalu. Kemudian cuba kita sama2 beri penilaian dan beri gelaran utk beberapa kerajaan negeri yg ditubuhkan selepas itu. Selepas berakhirnya PRU14 kita dikejutkan dg tindakan 30 MP BN/ UMNO melompat dan menyokong ke PH sama ada dg menjadi MP bebas atau menyertai parti dlm PH.

1. Sabah.
BN 29 DUN + STAR 2 DUN. Musa Aman angkat sumpah jadi Ketua Menteri Sabah dg sokongan 31 ADUN. Warisan, PKR dan DAP menang 29 DUN. Kemudian 6 wakil rakyat BN bertindak menyokong Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.
Apa gelaran yang sesuai untuk Kerajaan ini? TEBUK TUPAI?

2. Kedah.
PH menang 18 DUN. PAS dan UMNO juga menang 18 DUN. Tiba2 ADUN Guar Chempedak menyokong Mukhriz dan Mukhriz angkat sumpah Menteri Besar.
Kerajaan ini kerajaan apa?
TEBUK DINDING???

3. Perak
Kerusi DUN Perak ada 59. PH menang 29 DUN. Tak boleh tubuh kerajaan. Entah kenapa 2 wakil rakyat UMNO menyokong PH. Faizal Azumu angkat sumpah MB Perak.
Apa nama sesuai utk Kerajaan ini?
Kerjaan TEBUK LANTAI???

Selepas 22 bulan PM7 pun penat atau tersilap perkiraan atau tersilap perkataan. PM7 letak jawatan. Bila PM letak jawatan maka dg sendirinya semua Jemaah Menteri secara otomatik meletak jawatan dan kerajaan terbubar - TEBUK MUKA SENDRI..


padan muko..!!!kikikk