Kepada mereka yang merancang untuk 'curi-curi' melakukan perjalanan merentas negeri untuk balik kampung, ini pesanan tulus ikhlas daripada
KKM (rujuk infografik).
Bagi mereka yang mendapat kebenaran PDRM untuk merentas negeri, jangan alpa. Patuhi SOP demi keselamatan diri dan keluarga.
Larangan merentas negeri ini bukan mahu menyusahkan kita tapi untuk keselamatan dan kesihatan semua.
Kehidupan seharian kita tidak lagi sama seperti sebelum ini. Ini hakikat yang kita semua perlu terima.
Tradisi balik kampung untuk menyambut Aidilfitri setiap tahun yang telah menjadi sebahagian budaya masyarakat Malaysia tidak dapat diteruskan tahun ini.
Kita sedang berhadapan musuh senyap dan tidak kelihatan. Ini adalah realiti kehidupan yang kita perlu tempuhi sekarang. Tiada pilihan lain.
Patuhi nasihat dan bantuan yang telah diberikan kerajaan. Menjaga kesihatan diri adalah tanggungjawab diri sendiri.
Sumber: KKM
Jangan dedahkan ibu bapa anda dengan risiko jangkitan Covid-19.
Apa ertinya dapat meraikan 1 Syawal dengan mereka jika akhirnya mereka dijangkiti wabak maut itu.
Fikirlah kesusahan mereka membesarkan kita janganlah kita balas dengan jangkitan Covid-19.
Mereka pasti faham mengapa anda tidak dapat pulang beraya tahun ini, kerana kita semua ada tugas yang sangat penting iaitu memutuskan rantaian Covid-19.
1 comment:
aku dah 4 kali rentas negeri tak de apa pun, aku pakai 4x4 masa nak dekat SJR tu aku masuk Off-Road. Lepas tu keluar balik ikut jalan raya.
Itulah beli kereta, memang sangkutla. lain kali pakai Ford Ranger, semua jalan boleh redah.
Post a Comment