Namun begitu semenjak dunia dilanda wabak pandemik COVID-19 senario baru telah melanda dunia.
Kaedah bayaran Zakat Fitrah juga berubah mengikut normal baru iaitu kaedah bayaran secara dalam talian. Kaedah itu telah lama diperkenalkan namun kini menjadi pilihan ramai kerana faktor jangkitan Covid-19.
Difahamkan kaedah yang lama iaitu melalui amil fitrah masih diteruskan dengan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Agama Negeri masing-masing bagi mengelak jangkitan Covid-19. Antara faktor yang diambil kira dalam SOP itu mungkin mengenai penjarakan sosial 1 meter.
Oleh yang demikian orang ramai adalah digalakkan membayar Zakat Fitrah secara dalam talian bagi memastikan keselamatan pembayar Zakat terjamin dan prosesnya pula sangat cepat.
Berikut adalah tutorial cara membayar Zakat Fitrah menggunakan Maybank2u:
Namun begitu timbul pula persoalan mengenai Niat dan Hukum membayar Zakat Fitrah secara dalam talian.
Menurut info dari Pusat Zakat, zakat seseorang itu sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara, iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat.
Maka, apabila berzakat menerusi medium seperti SMS atau secara internet banking, niat sudah berlaku dan pemindahan pegangan harta (wang) juga telah berlaku.
Maka, sahlah zakat tersebut dan hukum berzakat dengan cara itu adalah harus.
Maka, apabila berzakat menerusi medium seperti SMS atau secara internet banking, niat sudah berlaku dan pemindahan pegangan harta (wang) juga telah berlaku.
Maka, sahlah zakat tersebut dan hukum berzakat dengan cara itu adalah harus.
No comments:
Post a Comment