Nampaknya tahap kesedaran ibu bapa terhadap jangkitan Covid-19 di Malaysia ni masih ditahap yang menyedihkan.
Entah apa yang difikirkan oleh para ibu bapa itu. Negara kita masih lagi bergelut dengan Covid-19 dan para barisan hadapan masih lagi bertungkus lumus siang dan malam tanpa cukup rehat.
Menteri Pertahan DS Ismail Sabri dalam kenyataan beliau semasa sidang media MKN menasihati ibu bapa supaya tidak membawa anak-anak kecil ke pusat membeli- belah kerana dikhuatiri keadaan yang sesak akan menyumbang kepada jangkitan Covid-19.
Namun apakan daya nafsu mengatasi segala-galanya. Nafsu untuk beraya itu membuatkan segelintir ibu bapa tidak memikirkan risiko yang akan menimpa keluarga mereka.
Sedih, kecewa dan marah itulah perasaan kami apabila melihat ibu bapa yang berfikiran singkat seperti itu.
Sumber:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3204682616243305&id=100001047945107
No comments:
Post a Comment