Wednesday, May 13, 2020

PERMOHONAN MAAF.

Berikutan salah faham yang terjadi kerana gambar hiasan yang digunakan didalam post yang bertajuk:

"5 SEKELUARGA POSITIF COVID-19 SELEPAS TERIMA TETAMU DI RUMAH."

 disini telah berlaku kekeliruan yang amat tidak disengajakan.

Pihak admin memohon jutaan  kemaafan kepada pemilik gambar tersebut yang dikenali sebagai Mohd. Zairi kerana secara tidak sengaja telah menggunakan gambar beliau dan keluarga sebagai gambar hiasan.

Tindakan tersebut telah menimbulkan salah faham terhadap beliau dan juga keluarga beliau.

Diharap orang ramai tidak mengaitkan beliau dan keluarga beliau dengan kes positif covid-19 yang sebenarnya berlaku di Indonesia.(link)

Walaupun admin sudah menjelaskan gambar itu sekadar hiasan dan jelas ditulis sebagai 'gambar hiasan' tetapi sikap masyarakat kita yang lebih gemar membaca tajuk berbanding isi post telah menyebabkan berlakunya salah faham yang amat tidak disengajakan.

Apa yang berlaku ini menjadi pengajaran kepada admin dan blogger lain agar berhati-hati menggunakan gambar bagi tujuan post.

Sekali lagi admin ingin tegaskan gambar itu tiada kena mengena dengan kejadian yang berlaku di Indonesia ini:

http://www.medanbisnisdaily.com/m/news/online/read/2020/04/25/106605/akibat_menerima_tamu_5_orang_sekeluarga_positif_corona/


Gambar tersebut pada awalnya hanya ingin memberi gambaran suasana ziarah raya kerana sebahagian post menyentuh SOP ziarah raya seperti dilakukan portal dan blog yang lain, tetapi secara tidak sengaja telah menimbulkan salah faham. 

Berikutan dengan itu admin sudah memadam post tersebut untuk mengelakkan salah faham terhadap individu yang berkenaan.

Admin berharap En.Mohd Zairi dapat menerima permohonan maaf ini.

Berikut adalah teks asal post tersebut:

ISI KANDUNGAN POST BERTAJUK “5 SEKELUARGA POSITIF COVID-19 SELEPAS TERIMA TETAMU DI RUMAH”:

Tujuan penulisan ini bukan untuk menakut-nakutkan anda atau menghalang anda daripada melakukan ziarah raya tetapi sekadar memberi pemahaman apakah risiko yang akan anda tempuhi jika melakukan ziarah raya.

Baru-baru ini PM telah mengumumkan bahawa ziarah raya di dalam negeri dibenarkan dengan syarat tidak berkumpul melebihi 20 orang disatu-satu tempat. Keputusan itu pastinya mengundang pelbagai reaksi, ada yang berasa gembira dapat beraya bersama keluarga dan sanak saudara serta ada yang masih takut atau ragu-ragu untuk berkumpul dan menerima tetamu.

Perasaan takut dan risau itu mungkin akan lebih membuak-buak setelah kita mendengar berita tentang apa yang telah berlaku di negara jiran kita di Indonesia.

Apa yang berlaku di Indonesia ialah berita tentang 5 sekeluarga yang dijangkiti Covid-19 akibat menerima tetamu.

Sumber berita disini. 

Link: http://www.medanbisnisdaily.com/m/news/online/read/2020/04/25/106605/akibat_menerima_tamu_5_orang_sekeluarga_positif_corona/ 

Keadaan atau masanya mungkin berbeza kerana mereka bukan melakukan ziarah raya tetapi situasinya lebih kurang sama. Adakah anda masih mahu melakukan ziarah raya dengan menziarahi sanak saudara atau anda hanya akan beraya dirumah bersama keluarga sahaja bagi memastikan rantaian Covid-19 ini benar-benar terputus.

Mengambil contoh di negeri Perak pula, negeri itu sebelum ini masih berada didalam zon hijau tetapi tidak sampai sebulan sudah ada jangkitan baru yang melibatkan pasangan adik-beradik yang mahu kembali bekerja.

Nasib baik mereka berdua menjalani ujian saringan sebelum memasuki tempat kerja, bayangkan jika mereka masuk kerja tanpa menjalani saringan, sudah pasti wujud kluster baru. Kejadian seperti ini yang membuatkan sebahagian daripada kita membuat keputusan untuk tidak melakukan ziarah raya dan hanya beraya di rumah masing-masing.

Pokok pangkalnya tanyalah diri kita sendiri adakah kita mampu mematuhi SOP untuk ziarah raya?

Siapa yang akan memantau penjarakan sosial? 

Siapa yang akan memantau jumlah individu?

Bagaimana pula dengan individu yang positif Covid-19 tetapi tidak bergejala?

Sebelum melakukan ziarah raya atau menerima tetamu mungkin kita semua perlu memikirkan persoalan-persoalan diatas.


No comments: