Tuesday, April 7, 2020

STESEN TV DI TAIWAN ISYTIHAR PERANG DENGAN RAKYAT MALAYSIA?



Gambar: Hos dan Jemputan membahan lelaki dan ketua keluarga di Malaysia tak pandai beli sayur katanya. 

Pengkongsian daripada FB Khairul Azri:

Petang tadi den ada dapat info bahawa terdapat sebuah lagi rancangan TV di Taiwan telah membuat komen-komen biadap terhadap Malaysia.
Di antara komen yang menghiris hati adalah, 

- Kononnya Malaysia patut malu sebagai sebuah negara bercuaca panas tapi tidak mampu mengawal Covid-19.

- Menyindir orang Malaysia tidak memakai 'mask' kerana mengikut cara British menangani wabak sebab Malaysia kan sebuah negara bekas jajahan British. 

- PKP menyebabkan ramai hilang pekerjaan, ramai sudah/akan mati akibat kebuluran sebelum PKP berakhir. Sebab ramai orang susah di Malaysia dan membandingkan dengan negara seperti US yang kononnya masih ok sebab mereka ada elaun kebajikan. 

Oleh sebab video tersebut panjang sangat, dan den busy harini tak ada masa nak verify. 

Ada kawan-kawan yang dah tonton video tersebut dan boleh sahkan? 

Kalau benar, mungkin kena hantar bala tentera bawang dah ni. 

Di dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian. 

UPDATE: Serangan nampaknya sudah bertali arus, 18K komen. Kasi up 180K please. 



No comments: