Monday, April 6, 2020

5 SEKELUARGA TERKORBAN GARA² RAKAN SEKERJA GAGAL KUARANTIN DIRI SELEPAS PULANG DARI ITALI.




Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan lima kematian wabak covid-19 di Sarawak  dipercayai berpunca daripada rakyat Malaysia yang baru balik melancong dari Itali.

Salah seorang keluarga mangsa tersebut iaitu Sharifah Huzaimah War Al-Edruce menceritakan kronologi kluster sebenar yang berlaku di Kampung Patinggan. 

Sedangkan keluarga ini juga menjadi mangsa kepada seorang rakan pejabat yang baru pulang dari Itali. Malah, ramai yang sudah mula salah faham dengan informasi tersebut. 

Kronologi ini bermula pada 18 Mac 2020 dimana Nek Usu Kayah yang merupakan makcik saudaranya telah meninggal dunia. Acara pengebumian telah diadakan dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja. 

Manakala, anak perempuan dan lelaki kepada Nek Usu Kayah telah dibawa ke hospital kerana demam panas dan mengalami masalah penafasan.

Pada 20 Mac 2020 pula mendapati mereka berdua adalah positif Covid-19. Pada hari tersebut sebelah malam, ujian saringan Nek Usu Kayah keluar dan mendapati positif juga. 

Satu persatu ahli keluarga ditahan selepas ujian saringan Covid-19 keluar termasuk dengan mak dan abah kepada Sharifah Huzaimah ini. 

Pada 27 Mac 2020, keputusan saringan dan X-ray keluar dan menyebabkan mereka dimasukkan ke Sarawak General Hospital (SGH). Dipercayai, anak perempuan kepada Nek Usu (kini sudah sihat) berkemungkinan mendapat virus ini daripada rakan sepejabatnya.

Difahamkan, rakan sepejabatnya itu baru pulang melancong dari Itali dan dia masuk ke pejabat seperti biasa. Pada 27 Mac 2020, seramai 25 ahli keluarga pula dijangkiti positif Covid-19 ini.

Pada 5 April 2020, merupakan hari kedua abah kepada Sharifah Huzaimah di rawatan ICU. Keadaannya dengan memakai topeng oksigen akibat paru-paru dijangkiti. Mudah-mudahan semua urusan keluarga ini berjalan dengan lancar. 

Kes kluster yang berlaku di Kuching, Sarawak itu telah meragut lima nyawa ahli keluarga ini. Mereka adalah mangsa kepada rakan sekerja yang baru pulang melancong dari Itali. Secara tidak sedar, virus itu telah menular dan berjangkit kepada rakan sekerja yang lain.

Menurut laporan BH Online, Ketua Pengarah Kesihatan melaporkan seramai 37 orang dijangkiti dipercayai berpunca daripada pesakit ke-1,580 itu yang baru pulang dari Itali. Kluster tersebut berpunca daripada ‘kes import’ yang sebelum ini dibimbangi bakal mencetuskan gelombang baru. 

Sumber:

Kluster yang berpunca daripada pesakit ke-1,580 ini, dikesan menjangkiti 37 kes lain termasuk lima kematian iaitu kes ke-1,031; ke-1,032; ke-1,006; ke-2,850 dan ke-2,210 serta seorang pesakit memerlukan bantuan pernafasan dalam unit rawatan rapi (ICU).

Ingat kes ke-1580, ingat manusia ini...


No comments: