Kasih sayang terhadap isterinya tidak membataskan usaha seorang lelaki untuk melakukan apa sahaja demi isteri tercinta.
Bagi mencari dana merawat isterinya yang sakit, Ahmad Syakirin Mohd Zain, sanggup menjadi penghibur jalanan dengan beraksi ala-ala 'Spider-Man' sebagai kerjaya sampingannya.
Sambil menolak kerusi roda isterinya yang berstatus orang kurang upaya (OKU), Ahmad Syakirin yang memakai kostum adiwira Marvel itu tidak segan silu menghiburkan orang ramai terutama kanak-kanak dengan aksinya tersendiri.
Ditemui di George Town, Pulau Pinang, lelaki berusia 50 tahun itu memberitahu sudah hampir setahun dia melakukan kerjaya sambilan itu di samping kerjaya tetapnya sebagai pelukis jalanan.
"Saya ni seorang pelukis, saya buat karikatur potret, yang ni saya buat part-time (sambilan) sahaja…
"Kawan-kawan saya di Kuala Lumpur pun ramai yang buat macam ni," katanya ketika ditemui pada Selasa.
Katanya, ada yang mahu bergambar dengannya, dan tidak kurang juga ada yang menghulur sumbangan ikhlas.
Menurut Ahmad Syakirin, isterinya NurAznita Mohd Ismail, 37, terkena serangan angin ahmar dan menghidap kencing manis menyebabkan kaki kanannya terpaksa dipotong dari paras lutut ke bawah.
Dia yang sebelum ini pernah bekerja sebagai pelukis di Pasar Seni, Kuala Lumpur mengambil keputusan berpindah ke Pulau Pinang untuk mencuba nasib mencari rezeki di negeri itu.
Katanya, dia membeli sut pakaian 'Spider-Man' menerusi atas talian dengan harga RM180 dan mula menjadi penghibur jalanan dengan ditemani isteri.
Mereka akan menghabiskan masa antara dua hingga empat jam untuk menghiburkan kanak-kanak dan mengakui sangat gembira dapat berdamping dengan kanak-kanak kerana belum dikurniakan cahaya mata.
Menurut pasangan itu, mereka bercadang untuk menjual makanan pada masa hadapan bagi menambah pendapatan memandangkan kepakarannya dalam menyediakan pelbagai jenis masakan.
Orang ramai yang ditemui, rata-ratanya menyambut baik usaha yang dilakukan Ahmad Syakirin, yang sanggup berusaha walaupun dalam keadaan sukar.
Sumber: Astro Awani
Inilah cinta sejati akan buat. Bukan semua orang sanggup menahan malu semata-mata untuk isteri tercinta.
Semoga Ahmad Syakirin dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
Inilah cinta sejati akan buat. Bukan semua orang sanggup menahan malu semata-mata untuk isteri tercinta.
Semoga Ahmad Syakirin dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen negatif yang menyentuh sensitiviti agama,bangsa dan individu.