Pages

Thursday, December 5, 2019

AJARAN SESAT TERBARU DI MALAYSIA? ORANG MISKIN DILARANG KAHWIN DAN BERANAK.




Terkejut jugak bila baca pandangan sesetengah anak muda di Twitterjaya mengenai isu 'Child Restraint System (CSR)' yang akan diwajibkan oleh kerajaan pada tahun hadapan baru-baru ini. 

Dahlah seolahnya tiada empati langsung kepada orang susah dan miskin, siap guna bahasa yang kesat dan lucah pulak tu. 

Sebab itu orang lama-lama dahulu selalu guna bidalan, 

"Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati.

Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati."

Yang membawa maksud,

Kalau seseorang itu tutur katanya baik-baik, maka seseorang itu akan disayang dan dihormati semasa ia hidup, jika budinya banyak dan baik, seseorang itu akan dikenang walaupun ia telah mati. 

Dan seseorang itu biarlah miskin asalkan tidak miskin adab, berbudi bahasa dan berhati mulia. 

Kalau gini lah gayanya kita kepada orang miskin, maka boleh dah tulis buku, 

"Orang miskin dilarang kahwin dan ada anak". 

Only in Malaysia.

Sumber: Kharul Azri

Bodoh dan biadap tu simpanlah sikit. Janganlah tunjukkan perangai dan tutur kata yang boleh menyakitkan hati orang.

Tiada siapa pun di dunia ni yang minta jadi miskin.

Bebanan masyarakat sekarang ni terlalu banyak, bagi siapa yang belum menempuhi alam rumahtangga dan belum mempunyai anak janganlah tunjuk pandai.

Hujung tahun ni memang kita sedia maklum adalah saat kritikal bagi poket insan-insan yang bergelar ibu bapa.

Ratusan dan ribuan ringgit perlu dikeluarkan untuk persiapan awal persekolahan anak-anak.

Buat pulak ada yang roadtax mati atau apa² kecemasan mana mereka nak korek duit?

Aku sambut baik bila kerajaan umumkan tidak akan mengeluarkan saman bagi tempoh tertentu.

Bagi yang keluarkan kenyataan bodoh dan dangkal tu bertaubatlah. Tiba masanya Tuhan nak uji kau baru kau tahu langit itu tinggi atau rendah.

Sekian.



3 comments:

  1. Ada nya yang kaya disebabkan adanya si miskin. Jika tiada seorang pun petani, agak2 hangpa, doktor, peniaga dan yang cakap besau tuh nak makan apa? Makan lar pasir dan tanah serta daun2 dan buah2an di hutan. Tak ada si kaya tak memberi kesan apa pun kat si miskin.

    ReplyDelete
  2. Budak budak mentah tu.. Perasan urban... Makan berak pun parent tanggung.. Nak berlagak

    ReplyDelete
  3. Tak pun agenda nak mengurangkan ratio orang melayu..

    ReplyDelete

Admin tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen negatif yang menyentuh sensitiviti agama,bangsa dan individu.