Innity

Sunday, December 8, 2019

ISU TUKAR BAHASA LAGU KEBANGSAAN, KENYATAAN PERMAISURI AGONG INI AKAN BUAT SEMUA ORANG SENYAP.



Isu lagu kebangsaan tarik perhatian Raja Permaisuri Agong

CYBERJAYA 7 Dis. - Isu lagu Negaraku yang dinyanyikan dalam bahasa Mandarin di sebuah sekolah vernakular turut mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi Ciapan akaun Twitter milik Baginda hari ini, Tunku Azizah lagu kebangsaan Singapura tidak dinyanyikan dalam bahasa lain kecuali bahasa Melayu.

"Lagu kebangsaan Singapura 'Majulah Singapura' dalam bahasa Melayu dan bukan daripada bahasa lain," titah Tunku Azizah menerusi ciapan akaun Twitter milik Baginda.

Lagu kebangsaan Singapura dinyanyikan dalam bahasa Melayu walaupun majoriti penduduknya adalah terdiri daripada penduduk bukan Melayu.

Semalam, tular video mengenai sekumpulan murid sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di selatan tanah air menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin.

Bagaimanapun Ketua Pengarah Pelajaran menerusi kenyataan semalam menjelaskan, siasatan yang dijalankan mendapati lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin adalah bertujuan untuk memberi kefahaman terhadap maksud, tujuan dan adab ketika menyanyikannya.

Ciapan Raja Permaisuri Agong itu mendapat 4,221 ulang kicau dan 8,425 tanda suka.

Menerusi ciapan tersebut, para pengikut Baginda menyokong kenyataan itu.
Seorang pengikut dikenali sebagai Sam Mikli menyokong ciapan baginda dan menjelaskan negara jiran itu tidak mengubah bahasa lagu kebangsaannya kepada bahasa lain.

"Ampun Tuanku. Setahu patik, lagu kebangsaan Singapura 'Majulah Singapura' dinyanyikan dalam bahasa Melayu. Tidak pernah dinyanyikan bahasa lain. Orang Cina/Baba Nyonya, orang India/Punjabi, orang Serani termasuk cetera semua menyanyikannya dalam bahasa Melayu. Ampun Tuanku," katanya.

Bagi seorang pengikut dikenali Mr. Konkulusi Jr., dia meminta Baginda bersuara dalam isu ini.

"Tolong minta Yang di-Pertuan Agong bersuara isu ini tuanku. Lagu dan bahasa kebangsaan perlu dihormati. Semakin hari semakin cetus kebimbangan dan melebarkan jurang antara kaum bila mula dari sekolah sudah dididik begitu," katanya. - #malakattribune


2 comments:

Anonymous said...

Sedutan yg tidak tepat dan diluar konteks. Yg sebut hal tu seorang netizen yg tidak bersetuju dgn pendapat Baginda yg menyatakan ‘ bagi saya , lagu kebangsaan kita "negara ku" dgn resmi nya di nyanyikan dlm bahasa melayu "bahasa kebangsaan" kita, tetapi tdk salah kalau di nyanyikan dlm bahasa dialect cina, arab, hindi, tamil , inggeris etc asalkan dinyanyikan dgn penuh semangat patriotic dan kebanggaan ‘

Anonymous said...

Kalau dekat China dah lama kena hukuman tembak kepala kepada sesiapa2 yang cuba mengubah perlembagaan atau hal2 berkenaan kenegaraan mereka?

Inilah cara bagaimana mereka GOVERN negara mereka? Kerajaan perlu belajar bagaimana nak tadbir orang2 Cina?

Innity